SUKAN SEA: Malaysia 5 Laos 1

Malaysia membuka kempen acara bola sepak lelaki dalam Sukan SEA 2023 dengan cemerlang.

Sukan SEA kali ini diadakan di Kemboja. Dan negara tersebut ternyata tidak memiliki padang yang baik untuk Malaysia dan Laos pada aksi pembukaan.

Namun peminat Malaysia pastinya lega dengan keputusan yang dicapai daripada perlawanan ini.

Di mana anak anak buah E Elavarasan dengan mudah menundukkan lawan bukan pilihan iaitu Laos.

Siapa yang diturunkan?

Malaysia menurunkan kesebelasan yang kuat untuk perlawanan ini. Dengan pemain yang dianggap senior iaitu Mukhairi Ajmal turut diturunkan.

Sikh Izhan berkawal di gawang gol Malaysia. Manakala bintang muda Haqimi Azim mengetuai jentera serangan Malaysia.

Berikut adalah kesebelasan utama Malaysia dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Prince, Phnom Penh Kemboja.

Separuh masa pertama

Ubaidillah Shamsul menjadi perhatian apabila dia mencetak gol pendahuluan untuk Malaysia pada minit ke-4 lagi.

Di mana dia mengambil kesempatan dengan menolak bola ke dalam gawang yang agak terbuka selepas satu serangan kilat pantas dilakukan Harimau Muda.

Namun kemudian, dia sendiri yang menyamakan kedudukan untuk Laos apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-21.

Ubaidillah cuba mengeluarkan bola ketika menyambut hantaran silang bahaya daripada lawan. Namun bolah terpeleot masuk ke gawang sendiri.

Laos tak mahu membiarkan Malaysia sahaja yang menjaringkan gol sendiri. Lalu pada minit ke-28, Laos mencetak gol sendiri buatan mereka. Di mana Anantaza Siphongphan telah menolak masuk bola ke gawang sendiri.

Malaysia mencuba beberapa siri serangan ke arah lawan namun kemudian buntu. Banyak bola yang gagal disudahkan lebih baik.

Laos pula tidak mampu menyaingi fizikal pertahanan Malaysia.

Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia di hadapan 2-1.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua kisah yang berbeza. Malaysia menambah 3 lagi gol pada separuh masa kedua.

Syahir Bahshan mencetak gol ketiga buat Malaysia pada minit ke-75. Selepas menerima satu set up yang cantik daripada rakannya. Syahir terus merembat masuk bola tanpa belas.

Kemudian pemain gantian, Najmuddin Akmal menjadikan kedudukan 4-1 apabila menyambar bola yang melantun daripada tiang bawah gol pada masa kecederaan 90+1.

Najmuddin hampir menambah gol kedua peribadinya. Namun ianya disahkan gol sendiri oleh Phoutthavong pada masa kecederaan 90+5.

Tamat perlawanan Malaysia 5, Laos 1.

Dengan kemenangan ini. Malaysia memintas Thailand untuk berada di tangga kedua di belakang Vietnam bagi kumpulan B.

Vietnam dengan 6 mata selepas 2 perlawanan. Malaysia dan Thailand masing masing 3 mata selepas 1 perlawanan. Namun perbezaan jaringan Malaysia adalah lebih baik.

Aksi seterusnya, Malaysia akan berdepan denmgan Thailand pada 3 Mei 2023 yang akan datang.

Ianya perlawanan tumpuan memandangkan kedua dua pasukan adalah antara pasukan pilihan.

E Elavarasan ternyata gembira dengan prestasi anak anak buahnya. Di mana dia berdepan kekangan masa untuk mengumpul pemain pemain ini lebih awal memandangkan liga M yang masih berjalan.

Namun kemenangan besar pada hari pertama sangat penting ke atas lawan yang dianggap winnable ataupun boleh makan.

Selepas ini, pasukan seperti Thailand, Vietnam dan Singapura pula menanti.

Dan tentunya mereka lawan yang lebih sukar untuk dihadapi Harimau Muda..

Vietnam dan Thailand adalah gergasi Asia Tenggara dalam bola sepak ketika ini. Sementara aksi derbi tambak menentang Singapura sentiasa sukar buat Malaysia. Dan ianya juga sentiasa menjadi tumpuan selepas aksi Malaysia vs Indonesia yang dianggap klasiko Nusantara.

Baca Juga

Baca Juga