Sumpahan Bundesliga – Istilah Yang Ramai Tak Tahu

Erling Haaland telah meinggalkan kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dan menyertai juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam satu perpindahan yang bernilai sekitar 60 juta Euro. Tetapi adakah penyokong City akan mampu mengharapkan pemain Norway ini menunjukkan prestasi yang sama seperti di Jerman di mana dia telah menjaringkan 22 gol dalam 24 perlawanan pada musim lalu?

Haaland merupakan nama besar yang terkini yang melakukan perpindahan berprofil tinggi dari Bundesliga ke Liga Perdana Inggeris, mengikuti jejak langkah Jadon Sancho (Dortmund ke Manchester United pada harga 85 juta Euro pada 2021), dan Timo Werner (53 juta Euro dari RB Leipzig ke Chelsea pada 2020).

Pemain berbakat besar ini dikatakan bakal menjadi pengganti jangka masa panjang kepada Sergio Aguero sebagai penyerang nombor 9 The Citizens, dan kehadirannya membuatkan ramai orang teruja selepas City mengenepikan saingan Real Madrid dan Bayern Munich untuk mendapatkan pemain ini.

Selain berketinggian 194 sentimeter dan mempunyai kaki kiri yang menggerunkan, Haaland juga mempunyai kepantasan yang menakjubkan selain kekuatan fizikal yang dahsyat. Pada musim ini, dia telah merekodkan kelajuan terpantas, 36km/j, dan timbul persoalan; kenapa ada orang yang sangsi dengannya?

Kesangsian ramai adalah kerana biasanya pemain Bundesliga yang menyertai kelab EPL akan mengalami fasa yang disebut sebagai Cukai Bundesliga.

Apa benda tu Sumpahan Bundesliga?

Istilah ini mula digunapakai oleh penyokong, terutamanya di kalangan warga Twitter yang membawa maksud – pemain mengalami kesukaran untuk menyumbangkan gol serta bantuan gol di liga tertinggi England berbanding ketika waktu mereka di Jerman.

Sebenarnya mat saleh sebut Bundesliga Tax, tapi kita tukar cukai ini kepada sumpahan.

Kebenaran istilah ini dapat dilihat kepada perpindahan pemain seperti Sancho dan Werner.

Werner menjaringkan 28 gol dan merekodkan lapan bantuan gol dalam musim terakhirnya di Bundesliga, dengan kadar satu gol setiap 78 minit. Akan tetapi untuk Chelsea, dia hanya menjaringkan enam gol dan melakukan 12 assist sahaja dalam musim pertamanya di England, dengan kadar satu gol dalam setiap 145 minit.

Sancho pula kisahnya hampir sama denga Werner. Dia telah menjaringkan lapan gol dan mencipta 12 assist  dengan catatan sat gol untuk setiap 104 minit dia bermain dalam musim terakhirnya di Dortmund. Selepas menyertai Manchester United, Sancho hanya mampu menjaringkan tiga gol dan merekodkan tiga assist, bersamaan dengan satu gol dalam setiap 316 minit.

Data tersebut mungkin satu kisah yang biasa, tetapi penganalisis professional bola sepak telah mengeluarkan satu cara untuk mengkaji dan mengukur kreatif untuk melihat nilai sumbangan pemain yang melakukan perpindahan seperti Werner dan Sancho.

Secara purata, seseorang pemain yang tiba di England dari Bundesliga perlu menjangkan peluang untuk menjaringkan gol, xG, adalah -0.07 lebih rendah untuk semusim, atau menurun sebanyak 17 peratus.

Dalam bab Haaland ni, dia memang mempunyai fizikal yang luar biasa serta sentuhan tajam untuk menjaringkan gol. Termasuk aksinya yang mengganas dalam Bundesliga, 23 gol dalam Liga Juara-Juara UEFA secara keseluruhannya membolehkannya mencatatkan satu gol dalam setiap 6 minit – termasuk ketika menentang Liverpool, Paris Saint Germain dan Sevilla.

Bersama City, dia akan berain dengan seorang penggerak barisan tengah yang elit, Kevin De Bruyne, yang turut meninggalkan Jerman untuk beraksi di bumi England. Dalam musim terakhirnya bersama Wolfsburg pada musim 2014-15, De Bruyne mencatatkan rekod 21 assist. Dalam statistik mudah, pemain tengah Belgium ini telah terlibat dalam 0.89 gol dalam setiap perlawanan.

Bersama City pula, angka ini menjadi semakin baik kepada 0.94.

Malah De Bruyne juga merupakan salah seorang daripada pemain yang menyumbang kepada 101 peluang dicipta sepanjang musim lalu.

Jadi, adakah Haaland akan berjaya?

Nak kata Haaland akan menjadi penjaring terbanyak pada musim depan nanti susah juga, kerana Pep Guardiola mempunyai rekod yang tak berapa cantik apabila melibatkan penyerang sejati. Pertelingkahannya bersama Zlatan Ibrahimovic suatu ketika dahulu sudah diketahui ramai, tetapi berapa jumlah penyerang tengah tulen yang berjaya di bawah Guardiola?

Tak ramai. Yang berjaya boleh dikira dengan jari seperti Robert Lewandowski di Bayern Munich yang menjaringkan gol tanpa rasa bersalah. Bersama Manchester City, Sergio Aguero muncul sebagai penjaring utama dan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak City sepanjang zaman.

Selain itu, hampir tiada penyerang tengah tulen yang benar-benar menjadi ketika bermain di bawah didikan Guardiola. Kalau ada pun, penyerang tersebut ditukar posisinya ke sebelah tepi seperti Thierry Henry di Barcelona, kerana Guardiola dilihat lebih suka menggunakan khidmat penyerang nombor 9 palsu [false 9].

Ini mungkin akan menjadi satu episod cerita yang akan bermain di benak fikiran Haaland.

Jadi, sumpahan Bundesliga ni benar ada atau tidak?

Sejujurnya – ada. Ini adalah kerana perbezaan budaya dan cara bola sepak dimainkan di dua negara berbeza. Di Jerman, hanya Bayern Munich sahaja yang terpaksa berhadapan dengan pasukan yang suka bermain secara ‘parking bas’, di mana reputasi dan barisan pemain pasukan ini serta merta membawa kepada keresahan dan ketakutan kepada pemain pasukan lain.

Walaupun mempunyai reputasi sebagai pasukan yang kuat, Borussia Dortmund masih berpeluang untuk bertemu dengan pasukan yang berani bermain secara menyerang.

Situasi ini cukup berbeza di England. Beberapa pasukan sering menjadi ‘mangsa’ kepada permainan parking bas ini. Kedua-dua pasukan Manchester, Chelsea, Liverpool dan juga Tottenham Hotspur hampir setiap minggu terpaksa menentang pasukan yang meletakkan barisan pertahanan jauh di bawah berhampiran kotak penalti.

Lagi pula, bola sepak Inggeris dimainkan dengan begitu pantas dan setiap kali mendapat bola, para pemain tidak mempunyai masa yang lama sebelum mula dicabar pemain lawan.

Akan tetapi, dalam banyak-banyak pasukan, Manchester City bagaikan kebal daripada sumpahan Bundesliga ini. Tiga perpindahan sebelum ini – Leroy Sane dari Schalke, Ilkay Gundogan dari Dortmund dan Kevin De Bruyne – membuktikan bahawa sumpahan tersebut boleh terbatal sekiranya bermain di bawah pengurus dan pasukan yang betul.

Jadi sekali lagi, adakah Haaland akan terus padu di England?

Sumber : Footballtransfers

BACA:  Bundesliga R28: Borussia Dortmund (0) VS (1) Bayern Munich