Sumpahan Jersi Nombor 9 Chelsea

Nombor yang tertera di belakang jersi kebiasaannya diberikan kepada pemain mengikut posisi mana yang mereka mainkan dan ada yang sebalik, namun bagi pasukan Chelsea mereka seperti sudah terpalit dengan Sumpahan Jersi Nombor 9.

Jersi nombor sembilan biasanya dianggap sebagai salah satu jersi yang paling diidamkan di kelab selain nombor 10. Nombor sembilan ini biasanya diserahkan kepada penyerang utama di sebuah kelab.

Pemain hebat seperti Ronaldo Original, John Cruyff, Bobby Charlton dan Alfredo Di Stefano telah menyarungkan baju nombor sembilan untuk kelab dan negara mereka dan telah menjadikan nombor itu sebagai satu ikon.

Tetapi apabila bercakap mengenai Chelsea lain pula halnya, baju nombor sembilan dianggap sebagai baju terkutuk yang seperti terkena sumpahan.

Sejak 2006, apabila pemain pertahanan Belanda Khalid Boulahrouz menyertai kelab dan mengambil jersi nombor sembilan, pemain yang telah memakai nombor itu tidak begitu cemerlang di kelab itu.

Dari Boulahrouz hinggalah kepada Fernando Torres, yang walaupun menjadi bola sepak termahal di England pada satu ketika dahulu, mereka tidak dapat mencapai tahap yang diharapkan.

Membawak pula sial itu kepada Alvaro Morata, Gonzalo Higuain, Tammy Abraham dan terpaling sial iaitu Romelu Lukaku.

Mari kita selusuri nasib pemain yang terkena sumpahan yang bermula di era pertama Jose Mourinho dan di mana mereka sekarang.

Khalid Boulahrouz – 2006 hingga 2008

Khalid Boulahrouz telah dituduh sebagai punca kepada sumpahan jersi nombor 9 Chelsea selepas mewarisi jersi ini dari Hernan Crespo walaupun berperanan sebagai pemain pertahanan.

Nak cakap Boulahrouz punca sebenar pun macam tak kena kerana pada musim 1999/00 Chris Sutton yang dibeli dengan harga £10 juta bergelut mempamerkan aksi sebenar walaupun dicanang sebagai pemain hebat.

Hanya semusim Sutton di Stamford Bridge dengan menjaringkan satu gol dalam 28 perlawanan Premier League dan terus dijual ke Celtic.

Mateja Kezman mewarisi pula nombor 9 dari Jimmy Floyd Hasselbaink namun hanya kekal semusim dengan menjaring 7 gol dalam 41 perlawanan.

Hernan Crespo pula dibeli oleh Claudio Ranieri namun telah kehilangan tempatnya selepas kehadiran Jose Mourinho dan lebih banyak dipinjamkan.

Walaupun bersama Chelsea dari tahun 2003 sehingga 2008, Crespo telah dipinjamkan ke AC Milan dan Inter Milan dan hanya sempat melakukan 49 penampilan dengan 20 gol dihasilkan.

Sukar untuk mengatakan samada Crespo terkena sumpahan atau tidak kerana dia lebih banyak dipinjamkan dari berada bersama Chelsea.

Selepas diikat oleh Mourinho pada 2006, Boulahrouz terus diberikan jersi bernombor 9 dan secara perlahan-lahan mula bergelut dengan prestasi.

Boulahrouz bermula dengan baik dan memberi harapan sinar bulan bintang namun dengan pantas mengalami kemerosotan dan dijual pada tahun 2008.

Boulahrouz kembali ke Bundesliga bersama Vfb Stuttgart tetapi sebahagian dari masanya disana tidak berakhir dengan kegembiraan. Dia juga akan menyertai Sporting CP, Brondby dan Feyenoord sebelum bersara pada 2015.

Steve Sidwell – 2007 hingga 2008

Pewaris jersi nombor 9 dari Boulahrouz jika difikirkan secara logik dengan Chelsea ketika itu dilimpahi pemain bintang pasti menjadi milik pemain ternama.

Tapi itu tidak terjadi tetapi sumpahan berterusan, sekali nombor 9 Chelsea menjadi milik pemain bukan penyerang iaitu Steve Sidwell yang tak berapa nak well.

Steve Sidwell merupakan seorang pemain tengah yang dirembat Chelsea secara percuma pada 2007 tetapi gagal untuk mendapat tempat ditengah dengan barisan pemain bintang beratur didepannya.

Pada 2008, Sidwell keluar untuk bersama Aston Villa selama empat musim kemudian terus berkelanan bersama Fulham dan Stoke City sebelum bersara di Brighton & Hove Albion pada 2018.

Franco Di Santo – 2008

Franco di Santo yang dibawa masuk untuk mewarisi jersi nombor 9 daripda Steve Sidwell dan tidak kekal lama juga.

Penyerang Argentina itu menyertai Chelsea pada 2008 tetapi selepas menghabiskan semusim di sana, dia berpindah secara pinjaman ke Blackburn Rovers.

Pada tahun 2010, beliau menyertai Wigan Athletic. Di Santo kini bermain untuk pasukan peringkat teratas Argentina, San Lorenzo.

Fernando Torres – 2011 hingga 2015

Fernando Torres boleh dianggap sebagai satu kegagalan yang besar yang mungkin disebabkan oleh sumpahan selepas menyertai Chelsea dari Liverpool dengan yuran perpindahan £50 juta.

Pada januari 2011, Fernando Torres yang mempunyai reputasi besar selaku mesin gol ketika bersama Liverpool dibawa masuk Chelsea untuk menyelasaikan masalah jentera serangan mereka.

Entah apa yang terjadi, Fernando Torres seperti lupa cara menjaringkan gol apabila beraksi selama 903 tanpa sebarang gol dan terlepas beberapa peluang yang sepatutnya menghasilkan gol.

Ternyata permulaan yang perlahan telah membunuh karier Torres yang gagal teruk. Torres telah dipinjamkan ke AC Milan dan kembali ke Atletico Madrid sebelum bersara bersama Sagan Tosun pada 2019.

Sejak menyertai Chelsea, Torres terus gagal mengembalikan sentuhannya. Namun gol Toress di separuh akhir Champions League yang membawa Chelsea muncul juara pasti tersemat kemas dalam ingatan peminat Chelsea.

Torres hanya menjaringkan 20 gol dalam 110 penampilan namun disebalik kesenduan, Torres berjaya menjulang Piala FA, Champions League dan Europa League.

Radamel Falcao – 2015 hingga 2016

Radamel Falcao menyertai Chelsea ketika sudah pun sedia mengalami kemerosotan lantaran kecederaan dan tanpa sumpahan jersi nombor 9 pun Falcao pasti gagal mengembalikan sentuhannya.

Setelah menjaringkan hanya empat gol semasa dipinjamkan ke United pada 2014/15, Chelsea yakin Falcao akan berjaya jika mereka meminjamnya dari Monaco untuk musim 2015/16. Tetapi tidak.

Falcao sekali lagi meneruskan prestasi buruk di bumi England, hanya menjaringkan satu gol dalam 12 penampilan yang diraihnya.

Dia kembali ke Monaco selepas itu dan menikmati masa terbaiknya di Super Lig Turki bersama Galatasaray, sebelum menuju ke La Liga bersama Rayo Vallecano sehingga kini.

Alvaro Morata – 2016 hingga 2020

Alvaro Morata tiba di Chelsea pada musim panas 2016 dengan bayaran memecahkan rekod kelab, £60 juta, selepas dikaitkan dengan Manchester United sepanjang musim panas dan nombor milik Morata pula

Sumpahan berterusan apabila Morata beraksi seperti seorang lelaki yang tidak tahu bermain bola sepak, walaupun menukar jersi nombor 9 selepas satu musim.

Moara lebih baik berbanding pemain sebelumnya apabila menghasilkan 15 gol daripada 48 perlawanan, tetapi ditendang ke Atletico Madrid secara pinjaman pada 2019.

Pemain Sepanyol itu bermula dengan baik di sana, tetapi sekali lagi ditendang keluar untuk tempoh kedua bersama Juventus pada 2020, tetapi Morata terus bergelut.

Gonzalo Higuain – 2019

Selepas membelanjakan berjuta-juta dan berjuta-juta untuk penyerang dalam usaha untuk membasmi sumpahan, Chelsea mengambil langkah bijak dengan menggunakan pendekatan pemain pinjaman untuk mengisi kekosongan pada Januari 2019.

Higuain dengan pinjaman singkat kelihatan seperti idea yang bagus, tetapi ia jauh menyimpang seperti sebelum ini.

Sebagai pemain lebihan di Juventus dan mempunyai lebihan berat badan, pemain Argentina itu menuju ke London dan menajringkan lima gol daripada 18 perlawanan yang dimainkan di bawah bekas jurulatih Maurizio Sarri.

Chelsea melepaskan peluang untuk menandatanganinya secara kekal dan Higuain sejak itu telah bermain di bawah Phil Neville di MLS, Inter Miami.

Penurunan prestasi Higuan lebih dilihat kepada disiplin dalam menjaga diet dan pemakanan kerana tidak mampu mengekalkan susuk badan ideal bagi seorang pemain penyerang dan pemain bola sepak profesional.

Tammy Abraham – 2019 hingga 2021

Tammy Abraham merupakan produk remaja dari air tangan akademi Chelsea ini dinaikkan pangkat ke pasukan senior The Blues pada 2016 tetapi segera dihantar secara pinjaman ke Bristol City.

Dia juga pernah bermain secara pinjaman di Swansea City dan Aston Villa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dia menjaringkan 18 gol pada musim 2019-20, membantu Chelsea muncul juara Europa League tetapi kehilangan tempat permulaannya pada musim berikutnya.

Pada 2021, penyerang Inggeris itu menyertai AS Roma selama lima tahun dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak £34 juta. Chelsea, bagaimanapun, telah memasukkan klausa pembelian balik £68 juta dalam kontrak.

Tammy Abraham seperti kebal dari sumpahan namun telah kehilangan tempat lantaran kehadiran pemain yang lebih baik, situasi yang biasa dan memberi keuntungan kepada Chelsea.

Tammy Abraham kini masih cemerlang bersama AS Roma yang muncul juara UEFA Conference League edisi pertama. Sumpahan terhapus?

Romelu Lukaku

Tammy Abraham kelihatan seperti berjaya menamatkan sumpahan namun kehadiran semula Romelu Lukaku ke Chelsea menyambung kembali sumpahan itu.

Penyerang Belgium itu menyertai Chelsea buat kali pertama pada 2011. Selepas menghabiskan satu tahun di kelab itu, dia berpindah ke West Bromwich Albion dan Everton secara pinjaman dalam dua musim berikutnya.

Lukaku bermain dengan Manchester United dari 2017 hingga 2019 dan kemudian di Inter Milan dari 2019 hingga 2021. Dia kembali ke Chelsea pada Ogos 2021.

Hadir dengan reputasi gah di Inter Milan, Lukaku hanya menjaringkan 15 gol dalam 44 penampilan di semua kejohanan.

Lukaku paling teruk terkena sumpahan apabila meracau dengan mengeluarkan kenyataan serta mempamerkan kelakuan tidak masuk akal dan mahu kembali ke Inter Milan secara pinjaman.

BACA:  Mourinho: Bukan Saya Yang Jual Mohamed Salah Tetapi Itu Keputusan Chelsea