Sumpahan Pelik Real Sociedad ke Atas Cristiano Ronaldo Berterusan

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebenarnya terkena satu sumpahan pelik – dia hanya pernah bermain satu perlawanan menentang Real Sociedad di Stadium Anoeta sepanjang kariernya bersama gergasi Sepanyol tersebut sejak 2009.

Pada musim yang sama Ronaldo menjejakkan kaki ke Santiago Bernabeu, Sociedad juga berjaya mendaki piramid bola sepak Sepanyol ke La Liga dan dalam perlawanan pertama mereka menentang Real Madrid di tempat sendiri, Ronaldo menjaringkan gol penyamaan buat Real untuk menyelamatkan Los Blancos daripada tewas.

Sejak hari itu, Ronaldo tidak pernah bermain di stadium Real Sociedad, termasuklah pada minggu ini kerana dia digantung lima perlawanan dek menolak pengadil ketika perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Barcelona.

Hanya sekali sahaja penduduk bandar San Sebastian dapat menonton kehebatan Ronaldo di stadium ini | Gambar : Dreamteam

Kalau nak diikutkan, Sociedad tidak pernah tersingkir daripada La Liga, namun Ronaldo tidak dapat memusnahkan mereka di laman sendiri kerana beberapa insiden yang telah berlaku terhadap pemain terbaik dunia ini.

Antaranya ialah kecederaan belakang, masalah fiber otot dan juga ligamen kolateral yang terkoyak. Selain daripada itu, Ronaldo turut direhatkan oleh jurulatih Real Madrid andai perlawanan menentang Sociedad berlangsung sebelum atau ketika jadual padat Liga Juara-juara.

Entah bomoh apa yang digunakan oleh Sociedad ni, kuat betul sumpahan dia.

Sumber berita : DreamTeam

Baca Juga

Baca Juga