Sungguh Jahat Dua Gol Amri Yahyah

Pemain veteran bola sepak Malaysia yang berstatus legenda hidup, Amri Yahyah telah membuktikan kepada semua bahawa beliau masih berbisa apabila menjaringkan dua gol yang sangat jahat.

Dua gol daripada Amri Yahyah dengan satu tandukan flick yang jahat dan voli sambil bersimpuh terhasil ketika Sabah menewaskan Melaka United 3-1 dalam saingan Liga Super.

Dalam perlawanan ini juga Amri Yahyah telah menghasilkan satu bantuan gol untuk jaringan. Selepas tiga perlawanan Amri Yahyah telah menjaringkan empat gol.

Melaka United yang menjadi mangsa ketajaman Amri Yahyah ini merupakan bekas pasukannya suatu ketika dahulu.

Gol pertama dari Amri Yahyah hadir dengan satu flick header yang memukau lagi jahat berpunca daripada sepakan penjuru Saddil Ramdani pada minit ke-6 perlawanan.

Satu gol yang sempurna dan menurut pengulas gol ini tercipta daripada hasil dalam sesi latihan yang dipacu oleh kejuruteraan Sabah dengan sempurna.

Amri Yahyah meraikan gol ini dengan memanjat papan iklan elektronik dan berdiri mendepakan tangan dengan penuh bergaya.

Sepuluh minit kemudian Azizan Nordin menjadikan kedudukan dua kosongdengan satu usaha secara solo selepas menerima hantaran daripada Amri Yahyah.

Azizan Nordin melakukan gelecekan melepasi pemain Melaka United lalu menjumpai ruang yang diperlukan lalu satu rembatan padu dilepaskan untuk menewaskan Norazlan.

Tiada peluang langsung penjaga gol Malaka United, Norazlan untuk menyelamatkan gol seindah dan semanis kurma itu.

Amri Yahyah terus menjadikan perlawanan ini seabgai perlawanan untuk memahat namanya di bibir peminat. Kali ini Amri Yahyah melakukan satu voli dengan gaya sepakan gunting paras lantai.

Bola loop daripada rakan sepasukan cantik mencari Amri Yahyah yang terus melakukan percubaan voli tanpa menunggu bola jatuh.

Kali ini, Norazlan kelemasan pula pada minit ke-47 dengan voli Amri Yahyah yang melawan sifat bola voli yang selalunya deras nak mati.

Melaka United berjaya mendapatkan gol saguhati yang nyata tidak mampu mengubat kelukaan yang diberikan Amri Yahyah pada minit ke-65.

Gol ini terhasil daripada bola muntah akibat tangkapan tidak kemas penjaga gol Sabah dan Fakrullah Rosli yang menyambar bola muntah dengan satu rembatan

Kemenangan 3-1 Sabah ini melonjakkan mereka ketangga ketujuh liga super dengan mengumpul 16 mata selepas 12 perlawanan. Prestasi yang agak baik buat pasukan yang baru kembali ke Liga Super.

Pemain veteran, Amri Yahyah ternyata penandatanganan yang berbaloi untuk Sabah musim ini. Amri Yahyah terus menjadi pemain yang mendapat kepercayaan daripada Kurniawan Dwi Yulianto.

Nikmatilah rangkuman penuh perlawanan.

BACA:  Reaksi Datuk K.Rajagobal Melihat Amri Yahyah Catat Hat-trick Di Usia 41 Tahun