Sungguh Jahat Gol Lencong Ronaldo

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 4 gol ketika Portugal mencatatkan kemenangan 5-1 keatas Lithuania bulan lalu dan merekodkan beliau sebagai pemain bola sepak pertama menjaringkan gol menentang 40 pasukan berbeza.

Dalam perlawanan terbaru menentang Lithuania Ronaldo telah mencetak hatrik, Dengan tambahan 3 gol itu, Ronaldo telah mencetak 98 gol dipersada antarabangsa, Ronaldo kini ditangga kedua penjaring terbanyak hanya kurang 9 gol di belakang Ali Daie yang mencetak 109 gol untuk Iran.

Pemain Iran yang bernama Ali Daie ini sangat berbisa apabila menjaringkan 109 gol dalam 149 perlawanan sahaja berbanding Ronaldo yang telah menjaringkan 98 gol dalam 163 perlawanan.

Cristiano Ronaldo telah bermain sebanyak 163 perlawanan untuk Portugal dan telah menjaringkan 98 gol dan 37 bantuan gol sejak membuat debut untuk Portugal pada 20 Ogos 2003.

Pemain bola sepak paling sensasi dan seksi ketika ini, Cristiano Ronaldo telah mencetak hatrik ketika Portugal mudah menewaskan Lithuania 6-0 dalam perlawanan kelayakan EURO 2020.

Ini merupakan hatrik yang ke-55 Ronaldo dalam kariernya dan ke-9 untuk Portugal. Bersama kelab Ronaldo telah mencetak 46 hatrik dan secara keseluruhan telah menjaringkan 705 gol sepanjang karier.

Menjaringkan hatrik merupakan satu kebanggaan namun gol kedua Ronaldo ketika menentang Lithuania ini sangat jahat dan membuatkan penjaga gol terpaku seketika.

Ronaldo telah dikasari dalam kotak penalti dan telah membuka jaringan melalui sepakan penalti seawal minit ke-7 permainan.

Penyerang Juventus yang tidak dikawal itu telah menjaringkan gol dari jarak jauh diluar kawasan gol selepas menerima hantaran Goncalo Paciencia.

Melihat ruang yang luas terhidang banyak sudut dan peluang mampu digunakan Ronaldo yang akhirnya memilih melencongkan bola ke kanan gawang untuk gol kedua.

Power bukan?

https://twitter.com/RouteOneFootbal/status/1195071796732661763

Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai “one of the most exciting young players” yang pernah beliau lihat dan kini sudah berusia 34 tahun, Ronaldo masih ‘exciting’ bukan?

Dah tua ni jadi “one of the most exciting older players”.

Baca Juga

Baca Juga