Selepas mengharungi 6 perlawanan peringkat kumpulan, maka juara dan naib juara daripada 8 kumpulan yang bertanding telah mara ke pusingan kalah mati untuk 16 pasukan terbaik.
Berikut merupakan 8 juara dan naib juara kumpulan masing-masing.
Juara Kumpulan : Manchester United (ENG), Paris (FRA), Roma (ITA), Barcelona (ESP), Liverpool (ENG), Manchester City (ENG), Beşiktaş (TUR), Tottenham Hotspur (ENG)
Naib juara kumpulan : Basel (SUI), Bayern München (GER), Chelsea (ENG), Juventus (ITA), Sevilla (ESP), Shakhtar (UKR), Porto (POR), Real Madrid (ESP)
Bagaimana Undian di buat?
1. Undian dibuat melalui dua balang yang diasingkan untuk juara dan naib juara yang berada dalam balang masing-masing.
2. Tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.
3. Tiada pasukan dari FA yang sama akan bertemu. Contohnya pasukan dari England tidak akan bertemu sesama mereka.
4. Perlawanan pertama round of 16 akan berlangsung pada 13 dan 14 Februari 2018 dan pusingan kedua pada 20 dan 21 Februari 2018.
Undian Champions League Round of 16
Selepas undian dibuat maka inilah keputusannya. Anda gembira, menangis atau bermurung melihat lawan pasukan kesayangan anda? Anda penyokong Arsenal?.
Phenomenal Champions League last-16 draw! ??? pic.twitter.com/PlANh7hqKg
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) December 11, 2017
TalkSORTS telah menggunakan Super Computer untuk membuat ramalan keputusan Champions League Round of 16 yang melibatkan semua pasukan bertanding termasuk 5 pasukan Premier League Manchester United, Man City, Liverpool, Chelsea dan Tottenham.
Kaedah ramalan ini tidak pula dijelaskan sepenuhnya dan hanya data dimasukkan ke dalam Super Computer untuk dianilisis dan ramalan dikeluarkan bagi kesemua 8 perlawanan.
Ramalan dibuat mengikut perlawanan pusingan pertama dan kedua. Tiada senarai penjaring hanya keputusan akhir sahaja dibuat.
Berikut merupakan ramalan yang dibuat.
Juventus (ITA) v Tottenham Hotspur (ENG)
Keputusan perlawanan antara Juventus dan Spurs berakhir dengan keputusan seri 2-2 sama dan kemenangan berpihak kepada Spurs dengan jaringan tempat lawan.
1st leg: Juventus 2 – 1 Spurs
2nd leg; Spurs 1 – 0 Juventus
Pemenang : Tottenham Hotspur (Menang melalui gol tempat lawan)
Basel (SUI) v Manchester City (ENG)
Manchester City seperti menepati ramalan ramai apabila diramal menang dengan agregat 5-1 ke atas Basel.
1st leg: Basel 1 – 2 Manchester City
2nd leg: Manchester City 3 – 0 Basel
Pemenang : Manchester City
Porto (POR) v Liverpool (ENG)
Liverpool power this is our year tidak memerlukan ramalan kerana menang pasti milik mereka. Ramalan dibuat hanya untuk mengetahui berapa jumlah gol sahaja.
Liverpool mara dengan agregat 4-2 ke atas kelab Portugal, Porto.
Pemenang : Liverpool
Sevilla (ESP) v Manchester United (ENG)
Manchester United mencatatkan kemenanga tipis ke atas Sevilla dengan agregat 2-1 sahaja. Nampak gaya seperti bas diparking dengan jayanya kerana Mourinho tahu macam mana untuk menang.
1st First leg: Sevilla 0 – 1 Manchester United
2nd leg: Manchester United 1 – 1 Sevilla
Pemenang : Manchester United
Real Madrid (ESP) v Paris (FRA)
Perlawanan yang dinanti dan ditunggu-tunggu. Pertembungan kelab kaya-raya menyaksikan Real Madrid berjaya menewaskan PSG dengan agregat 4-3. Duit dan pengalaman lebih menjadi milik Real Madrid.
1st leg: Real Madrid 2 – 1 PSG
2nd leg: PSG 2 – 2 Real Madrid
Pemenang : Real Madrid
Shakhtar Donetsk (UKR) v Roma (ITA)
Mengikut ramalan yang dibuat, Kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk berjaya mengejut AS Roma dengan agregat 3-1.
1st leg: Shakhtar 1-0 Roma
2nd leg: Roma 1-2 Shakhtar
Pemenang : Shakhtar Donetsk
Chelsea (ENG) v Barcelona (ESP)
Satu lagi perlawanan tumpuan dan dinanti-nanti, Barcelona dan Chelsea terikat dengan agregat 3-3 dan perlawanan yang dibawa ke penentuan sepakan penalti menjadi milik Barcelona.
Adakah Messi berjaya menghapuskan badi tidak pula diramal?
1st leg: Chelsea 2 – 1 Barcelona
2nd leg: Barcelona 2 – 1 Chelsea
Pemenang : Barcelona (Menang melalui sepakan penalti)
Bayern Munich (GER) v Beşiktaş (TUR)
Bayern Munich yang mendapat laluan mudah dan sememangnya tidak memerlukan bantuan komputer untuk diramal. Bayern menang selesa dengan agregat 4-1 ke atas kelab Turki, Besiktas.
1st leg: Bayern 3 – 0 Besiktas
2nd leg: Besiktas 1 – 1 Bayern
Pemenang : Bayern Munich
Arsenal (ENG) v Real Mulia (MAS)
Arsenal tidak berdepan masalah untuk tewas kepada Real Murni dengan 18-0 sekaligus meneruskan badi mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik.
1st leg: Arsenal 0 – 18 Real Mulia
2nd leg: Real Mulia 0 – 0 Arsenal
Pemenang : Real Mulia