Superclasico de las Americas 2019 : Brazil 0-1 Argentina

Superclasico de las Americas 2019 bukanlah satu pertandingan rasmi tetapi perlawanan persahabatan tahunan antara pasukan kebangsaan Brazil dan Argentina dan pemenang perlawanan ini akan meraih Piala Doctor Nicolás Leoz Osas Ekhoragbon.

Perlawanan Superclasico de las Americas bermula pada 2011 yang merupakan kesinambungan kepada Roca Cup dan tahun 2019 memasuki edisi ke-6 dan perlawanan tidak diadakan pada tahun 2013. 2015 dan 2016.

Pada tahun 2011 dan 2012 perlawanan diadakan secara timbal balik, satu di Brazil dan satu di Argentina. Pemain yang beraksi pula hanya daripada kalangan pemain yang beraksi di liga Brazil dan Argentina sahaja.

Pada 2014 format perlawanan diubah di mana hanya satu perlawanan diadakan dan gelanggang berkecuali digunakan, pemain juga tidak terhad kepada liga Brazil dan Argentina sahaja lagi. Asal kau dari Brazil atau Argentina boleh main.

Brazil telah muncul juara sebanyak 4 kali pada 2011, 2012, 2014, 2018 manakala Argentina muncul juara 2 kali bagi edisi 2017 dan 2019.

Lionel Messi kembali membuat penampilan pertamanya bersama Argentina sejak julai lalu dengan penuh bergaya apabila berjaya membantu Argentina menewaskan Brazil dengan kemenangan tipis.

Kembalinya Messi untuk perlawanan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi ini menandakan bahawa penggantungan bulan ke atas Messi telah tamat kerana mengkritik kejohanan Copa America sebagai korup.

Brazil boleh didepan seawal minit ke-9 tetapi Gabriel Jesus sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan penalti, teruk sepakan Jesus yang sedih bangat menuju ke kiri gawang.

Selang tiga minit kemudian, Alex Sandro telah menjatuhkan Lionel Messi di dalam kotak penalti dan ternyata sepakan penalti Messi juga sia-sia.

Alisson Becker berjaya menghadang tendangan Messi, tetapi bola muntah pantas disambar Messi untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Banyak peluang Argentina terutamanya dari Messi dalam perlawanan ini tetapi Alisson Becker terlalu unggul untuk terus bolos.

Argentina menjuarai Superclasico de las Americas 2019 dan ini merupakan gelaran kedua mereka.

Brazil: Alisson, Danilo, Eder Militao, Thiago Silva, Alex Sandro, Casemiro, Arthur, Lucas Paqueta, Gabriel Jesus,​ Willian, Firmino.​

Subs: Santos, Fuzato, Emerson, Renan Lodi, Felipe, Marquinhos, Fabinho, Douglas Luiz, Coutinho, Rodrygo,​ Richarlison, Wesley.

Argentina: Andrada, Foyth, Pezzella, Otamendi, Tagliafico, De Paul, Paredes, Lo Celso, Messi, Lautaro Martinez, Ocampos.​

Subs: Marchesin, Musso, Damian Martinez, Acuna, Alario,​ Dominguez, Dybala, Gonzalez, Kannemann, Aguero, Pereyra, Perez, Rodriguez, Rojo, Saravia.

Baca Juga

Baca Juga