Supercomputer Dan AI Ramalkan Juara UCL Dari 2024 Hingga 2051

Komputer super dibantu teknologi AI telah meramalkan juara UCL bagi tahun 2024 sehingga 2051.

Ada berita  baik buat peminat Manchester United, kerana pasukan juara 3 kali itu diramal akan menjulang UCL musim hadapan.

Barcelona dijangka akan menjulang UCL pada musim ini. Menariknya, Barcelona menang 2-1 ke atas PSG dalam aksi suku akhir UCL pertengahan minggu lalu.

Membuatkan ramalan ini dianggap boleh menjadi kenyataan.

AI tanpa ragu ragu meramalkan Manchester United menjadi juara musim 2024/25. Di mana skuad Erik Ten Hag pada masa itu sudah lebih baik dan matang.

Manchester United di bawah revolusi yang diketuai Sir Jim Ratcliffe. Sebelum ini berikrar akan membentuk pasukan yang akan kembali menjadi terbaik di dunia.

Menurut Sir Jim Ratcliffe, Man United akan menjadi kuasa bola sepak sekali lagi dalam beberapa tahun lagi.

Erik Ten Hag sendiri sebelum ini dengan penuh bijak meramalkan bahawa era Klopp dan Guardiola bakal berakhir. Lantas musim ini Klopp terus mengumumkan dia meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini.

Tetapi yang pelik ramalan Liverpool juara 2027 itu agak tidak masuk akal kerana selepas era Klopp bermakna Liverpool kembali ke era hambarnya.

Jiran Manchester United iaitu Man City dijangka akan menjadi juara 2028 dan 2029. Sementara AC Milan akan menambah koleksi UCL kelapan mereka pada 2030.

Atletico boleh memakai badge of honor dengan 3 kejuaraan berturut turut pada 2039 sehingga 2041.

Kelab Inggeris lain, Spurs, Newcastle dan Chelsea juga berpeluang untuk menjadi juara dalam tempoh yang diramalkan. Lihat di sini:

Daripada ramalan di atas, komputer nampaknya meramalkan Arsenal perlu menunggu lagi untuk bergelar juara UCL. Malah Spurs, musuh tradisi mereka dijangkan akan bergelar juara terlebih dahulu berbanding The Gunners.

Namun harus diingat, ini hanyalah ramalan komputer super yang dikuasakan oleh AI.

Sama sama kita nantikan sama ada United benar benar mampu menjadi juara UCL musim depan? United terlebih dahulu masih perlu berusaha untuk menempatkan diri dalam slot UCL.

Mereka kini di tangga ketujuh. Cuma 2 anak tangga di belakang kelayakan UCL. Kerana format baharu UCL menyaksikan United boleh mara ke UCL jika berada di tangga kelima.

Baca Juga

Baca Juga