Supercomputer Ramal Inilah Pemenang Piala Dunia dan Sudah Pasti Bukan England

The Analyst melalui Supercomputer yang digelar AI (artificial intelligence) Stats Perform telah membuat ramalan awal pasukan manakah yang bakal bergelar juara Piala Dunia 2022 yang bakal dilangsungkan di Qatar hujung tahun ini.

Peratusan setiap pasukan berpeluang dan berkemungkinan untuk bergelar juara telah dilakukan dengan menggunakan algoritma yang mensimulasikan keseluruhan kejohanan sebanyak 1000 kali.

Kebarangkalian meramalkan juara dilakukan dengan menganggarkan kebarangkalian setiap keputusan perlawanan (menang, seri atau kalah) dengan menggunakan peluang pasaran pertaruhan dan kedudukan pasukan dalam Stats Perform. Peluang dan kedudukan berdasarkan prestasi pasukan dan sejarah terkini juga turut diambil kira.

Model ini mempertimbangkan kekuatan lawan dan kesukaran โ€˜jalan ke finalโ€™ dengan menggunakan kebarangkalian hasil perlawanan dengan komposisi kumpulan dan pilihan ke peringkat kalah mati.

Ramalan ini dibuat bukan sekadar dengan menilik menggunakan semangkuk air atau melalui mimpi tetapi melalui proses menggunakan supercomputer yang mempunyai artificial intelligence atau kecerdasan buatan berdasarkan data terperinci setiap 32 pasukan yang layak.

Perancis telah disenaraikan sebagai pemenang yang paling berkemungkinan dengan kebarangkalian 17.93 peratus. Jika Le Blues berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Dunia, mereka akan menyertai Brazil dan Itali sebagai satu-satunya negara yang melakukannya.

Dalam perlawanan akhir dijangkakan Perancis akan bertemu Brazil dan Perancis muncul juara mengulangi pertemuan perlawanan akhir Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Utara Paris, Stade de France di mana tuan rumah muncul juara.

Walaupun mempamerkan aksi terburuk dalam saingan UEFA Nations League dan gagal untuk mempertahankan kejuaraan mereka tahun lalu, Perancis masih lagi menjadi pilihan.

Alasan superkomputer untuk memilih Perancis sebagai juara berbanding Brazil adalah berdasarkan kesukaran perbandingan laluan Brazil untuk mara ke final, terutamanya pasukan yang berpotensi menjadi lawan mereka di suku.

Seleรงรฃo berada dalam Kumpulan G bersama Switzerland, Serbia dan Cameroon. Sekiranya muncul selaku juara kumpulan, Brazil akan menentang pasukan tempat kedua dari Kumpulan H (Portugal, Uruguay, Republik Korea atau Ghana).

Tiada yang luar biasa dalam peringkat kumpulan atau Pusingan 16. Tetapi perlawanan suku akhir berkemungkinan besar menentang pemenang Kumpulan E yang berkemungkinan adalah pasukan Sepanyol atau Jerman.

Sepanyol dan Jerman dua adalah pasukan daripada enam pasukan teratas dalam ranking pasukan Piala Dunia dan merupakan dua daripada tujuh pasukan yang berkemungkinan besar memenangi kejohanan itu.

Pasukan paling komersil, England berada di tempat keempat selaku pilihan muncul juara dan diramal layak ke separuh akhir.

Ramalan kedudukan 32 pasukan peringkat kumpulan dari juara kumpulan, naib juara, tempat ketiga dan keempat di Piala Dunia 2022:

A โ€“ Belanda, Ecuador, Senegal, Qatar

B โ€“ England, Iran, Amerika Syarikat, Wales

C โ€“ Argentina, Mexico, Poland, Arab Saudi

D โ€“ Perancis, Denmark, Australia, Tunisia

E โ€“ Sepanyol, Jerman, Jepun, Costa Rica

F โ€“ Belgium, Croatia, Morocco, Kanada

G โ€“ Brazil, Switzerland, Serbia, Cameroon

H โ€“ Portugal, Uruguay, Korea Selatan, Ghana

Selepas simulasi sebanyak 1,000 kali dilakukan maka inilah dapatan akan peratusan peluang 32 pasukan yang bakal betanding di Piala Dunia 2022 untuk muncul juara.

1. France โ€“ 17.93%

2. Brazil โ€“ 15.73%

3. Spain โ€“ 11.53%

4. England โ€“ 8.03%

5. Belgium โ€“ 7.90%

6. Netherlands โ€“ 7.70%

7. Germany โ€“ 7.21%

8. Argentina โ€“ 6.45%

9. Portugal โ€“ 5.11%

10. Croatia โ€“ 2.31%

11. Denmark โ€“ 2.03%

12. Uruguay โ€“ 1.48%

13. Mexico โ€“ 1.37%

14. Switzerland โ€“ 1.00%

15. Poland โ€“ 0.82%

16. Iran โ€“ 0.60%

17. Japan โ€“ 0.48%

18. United States โ€“ 0.46%

19. Wales โ€“ 0.41%

20. Qatar โ€“ 0.35%

20. Korea Republic โ€“ 0.35%

21. Serbia โ€“ 0.24%

22. Senegal โ€“ 0.19%

23. Ecuador โ€“ 0.17%

24. Australia โ€“ 0.02%

24. Ghana โ€“ 0.02%

26. Canada โ€“ 0.01%

26. Morocco โ€“ 0.01%

26. Tunisia โ€“ 0.01%

29. Cameroon โ€“ 0%

29. Saudi Arabia โ€“ 0%

29. Costa Rica โ€“ 0%

Ini adalah ramalan awal yang dibuat menggunakan Supercomputer yang mempunyai artificial intelligence atau kecerdasan buatan berdasarkan data serta statistik dan Algoritma.

Baca boleh percaya jangan, kerana dalam sepak segalanya mungkin serta ada pasukan yang akan mencipta kejutan.

BACA:ย  Malaysia Bakal Ke Piala Dunia 2034