Surat Perpisahan Yang Meruntun Jiwa Dari John Obi Mikel

Pemain kesayangan peminat Chelsea dan pemain yang menabur bakti dengan penuh setia, John Obi Mikel telah mengesahkan pemergiannya dari Chelsea. Mikel juga telah memuat naik surat perpisahan yang meruntun jiwa kepada Chelsea sekeluarga.

Dikaitkan dengan Valencia sebelum ini akhirnya Mikel mengikut jejak Oscar ke Liga Super China dengan menyertai kelab Tianjin TEDA FC. Mikel dijangka memperolehi pendapatan RM42.51 juta semusim.

Untuk memudahkan pembacaan, penulis cuba sedaya upaya untuk menterjemah surat John Obi Mikel ini. Disarankan membaca surat ini sambil mendengar lagu Stan nyanyian Eminem. Pemain Chelsea memang suka tulis surat? Dulu Cech mengutuskan surat perpisahan yang lagi sendu.

Surat Perpisahan John Obi Mikel

Kehadapan Keluarga Chelseaku,

Selepas 10 tahun, 374 penampilan dan 11 trofi, sudah tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal.

Di mana aku bermula? Aku menyertai Chelsea pada usia 19 tahun dari Liga Perdana Norway, membuat debut dalam Perlawanan Perisai Masyarakat. Aku mengucapkan salam perpisahan sebagai seorang Juara England, Eropah dan aku berbangga menjadi ketua pasukan negaruku.

Untuk bermain di Liga Perdana, liga terbaik di dunia yang fana ini merupakan cita-cita setiap pemain profesional. Tetapi bermain bersama Chelsea, menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea, bekerja bersama pengurus dan pemain terbaik dunia merupakan satu penghormatan kepadaku.

Setiap pencapaian yang dapat aku kecapi sewaktu di Chelsea merupakan satu kenangan istimewa dan terindah: gol pertama ku semasa menentang Macclesfield (bukan Melaka) pada 2007 (walaupun hanya 5 gol yang hadir selepas itu!). Saat mencemaskan pada musim 2010 – memastikan gelaran juara pada hari terakhir dengan rekod jaringan 103 gol dan menjulang Piala FA seminggu kemudian. Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA 2007. Menumpaskan dua musuh setempat kami di London pada perlawanan akhir Piala Liga. Menjuarai Europa League di Amsterdam melalui tendangan terakhir dalam perlawanan itu.

Kemudian ketika di Munich. Kami terdesak untuk bangkit dari kekecewaan di final 2008, dengan masa berbaki 2 minit menentang Bayern di gelanggang mereka, sewaktu itu seolah-olah nasib sekali lagi tidak menyebelahi kami. Tetapi pada malam itu, dengan singa berada di dada kami dan penyokong di belakang kami kami berjuang. Drogba menjaring dan segalanya menjadi sejarah. Hingga kini kami masih berbangga kerana kami satu-satunya kelab dari London yang menjulang piala Eropah. Nak harap Arsenal? Matilanak!

Semua kejayaan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan padu dari kelab. Kepada Encik Abramovich, staf kelab, jurulatih, fisio dan pengurus sewaktu aku di Chelsea, aku ingan mengucapkan ribuan terima kasih. Tanpa aku siapalah kamu.

Tetapi ucapan terima kasih terbesarku sudah tentu kepada penyokong sang biru. Kamu membawa aku menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea, kamu nyanyikan nama aku dan sentiasa bersama kami dalam setiap langkah. Terima kasih atas sokongan anda, pada malam di Munich kamu menjadikan sesuatu yang mustahil jadi realiti.

Seperti kamu ketahui, aku kurang beraksi pada musim ini walaupun aku sangat ingin bermain dan pada usia 29 tahun aku masih mempunyai banyak tahun untuk dimainkan. Perkara ini sentiasa bermain di benak aku, aku rasa kan pudar dalam hati ku maka inilah masanya aku mencari cabaran baru. Aku gembira menyertai Tianjin TEDA FC di China, Pada ketika ini Liga Super China sangat mengujakan, aku sudah bersedia untuk membantu Tianjin TEDA FC untuk terus berkembang di dalam dan juga di luar padang dalam tempoh beberapa tahun lagi. Macam aku join Chelsea dulu.

Kepada semua yang berada di Chelsea-selamat jalan dan terima kasih sila datang lagi. Kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diriku ini dan aku mengucapkan selamat maju jaya. Adalah satu kesedihan bagi aku untuk mengucapkan selamat jalan kepada kelab yang telah kembali gayat di mana tempat yang sepatutnya Chelsea berada – di puncak liga bukan nombor 4 tetapi jatuh ke tempat ke-5 apatah lagi menang 6 kali tapi kekal di temapt ke-6.

Pastikan Bendera Biru Terbang Tinggi

Mikel John Obi

Surat Asal Obi Mikel

Baca Juga

Baca Juga