Surat Terbuka Kepada Kevin Ramalingam Mengenai Pembahagian Tiket

Selamat petang dan salam sejahtera,

Mr Kevin Ramalingam, makluman penjualan tiket yang baru dikeluarkan oleh FMLLP ini adalah langkah yang proaktif.

Malangnya ia tidak disokong dengan data berkaitan. Maka ia menimbulkan pelbagai persoalan lain.

Contohnya,

1) Berapa keping tiket yang akan dijual di kaunter khas tersebut?

2) Berapa bilangan pembahagian penjualan tiket kepada setiap pasukan yang bertanding?

Mr Kevin, penyokong sekarang bukan senang-senang nak telan semata. Bagi penyelesaian beserta dengan sokongan data adalah lebih bermakna. Senang kami faham. Bukan main tulis status facebook macam ni.

Lagipun venue final dah diketahui. Tarikhnya juga telah terbit semalam. Apa masalahnya dalam mengeluarkan data bilangan tiket yang akan dijual?

Kenapa tak gunakan kaedah yang lebih mudah dengan menyerahkan kepada persatuan untuk penjualan dan seterusnya dijual kepada penyokong?

Contohnya, tiket ada 80,000 (ambil kira kapasiti Stadium Shah Alam). Bahagi kepada 40,000 setiap pasukan dan dijual di home ground masing-masing.

Daripada 40,000 tiket tu pula hadkan 5000-10000 kepada ‘penyokong setia’ yang merajuk kalau tak dapat tiket tu. Kerana realiti penyokong setia di negara kita memang seramai ni sahaja malahan mungkin lebih kurang.

JDT juga tidak penuh di setiap perlawanan. Tapi adakah mereka penyokong yang tak setia? Terfikir tak perkara ni?

Selepas dibahagikan kepada Persatuan Negeri atau Kelab, biar penyokong beli dari persatuan dan seterusnya persatuan dapat mengenal pasti siapa mereka-mereka ini.

Manakala 5000 keping mungkin sebagai complimentary kepada penaja, pemain dan sebagainya. Selebihnya dijual secara terbuka kepada semua penyokong di home ground masing-masing.

Menjadi persoalan apabila data mudah macam ni pun tak mampu dikeluarkan oleh FMLLP? Lepaskan urusan penjualan tiket ini kepada Pesatuan. FMLLP arahkan sahaja.

Memang itu job description tuan pun. Menguruskan liga. Segala urusan pengoperasian biarkan persatuan atau kelab yang lakukan. Tak perlu fikir susah-susah perkara ini.

Yang menjadi isunya disini, apa yang susah sangat sampai kena ada 4 tiket semua ni Mr Kevin? You buat perlawanan suku akhir pun pada hari Jumaat dan Ahad.

Apa you ingat semua orang boleh sentiasa pergi ke stadium ke?

Kalau nak ambil kira penyokong setia yang Ultras gembar gemburkan masa final Sukan SEA hari tu, mereka sendiri tidak mampu memenuhi Stadium Hang Jebat pada perlawanan Malaysia vs Hong Kong tempoh hari.

Ultras yang hadir juga hanya dalam lingkuang 500 orang mungkin lebih sikit.

By right you sepatutnya telah mengeluarkan data berkaitan perkara ini jika telah ada idea untuk menyelesaikan masalah ini.

Cuma pandangan ini adalah pandangana peribadi dan idea 4 tiket game awal ini adalah sangat-sangat tidak bernas.

Kenapa perlu susahkan benda mudah. Oh! by the way idea cadangan saya atas tu adalah percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kali ni saya harap Mr Kevin dapat memberi respons. Kita bincangkan perkara ini sementara masa masih ada.

Owh ya, saya hanyalah seorang penyokong Selangor dan Malaysia. Tidak mewakili mana-mana persatuan dan hanyalah mewakili diri sendiri dan mungkin mereka-mereka yang macam saya yang lain yang ke stadium atas dasar minat dan passion yang mendalam terhadap bola sepak.

Orang lain juga ada pandangan mereka. Ini pandangan dan idea saya kepada FMLLP dan ia percuma tidak perlukan bayaran dan mesyuarat berjam-jam.

Lastly,

Mr Kevin, berfikirlah sebelum membuat keputusan. Jangan membuat keputusan dan kemudian berfikir.

*Harapnya ada maklumbalas dari Mr Kevin.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Shah Rafi untuk diterbitkan di The Sukan.

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Baca Juga

Baca Juga