Syarifuddin Azman Menyucuk Angin Dan Memotong Di Garisan Penamat

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman telah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai perlumbaan Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) 2020.

Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar di menangi dengan penuh bergaya oleh Syarifuddin Azman yang mempamerkan tunggangan yang mantap.

Syarifuddin Azman yang juga dikenali sebagai Damok telah menewaskan pelumba dari pada Jepun, Kanta Hamada dengan catatan 30 minit 56.093 saat.

Sangat menakjubkan tungangan yang dipamerkan Syarifuddin Azman dalam perlumbaan ini yang mengetengahkan bakat pelumba muda seluruh dunia.

Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) 2020:

1. Syarifuddin Azman – Malaysia
2. Kanta Hamada – Jepun
3. Harrison Voight – Australia

Perlumbaan 2

Ketika memasuki final lap, seramai lima penunggang bersaing dan saling bertukar kedudukan di mana Damok berada di kedudukan kelima.

Selekoh terakhir dimasuki oleh kelima-lima pelumba ini dan Damok berada di tempat keempat selepas selekoh terakhir.

Dengan jarak perlumbaan hampir tamat beberapa ratus meter lagi, Syarifuddin Azman terus menyucuk angin dan memotong satu demi satu.

Ketika hampir ke garisan penamat Syarifuddin Azman telah memecut dari belah kanan litar untuk muncul juara.

Seorang lagi pelumba negara, Sharul Ezwan Sharil menamatkan perlumbaan ditempat ke-10 sekaligus mengutip 6 mata.

Pada perlumbaan 1 yang berlangsung dilitar yang sama, Syarifuddin Azman telah naik ke podium dengan kedudukan ketiga di belakang Kanta Hamada yang muncul juara.

Pada perlumbaan 1 ini Sharul Ezwan Sharil telah menamatkan perlumbaan ditangga ke-6 dengan 10 mata.

Perlumbaan 1 Asia Talent Cup (ATC) 2020:

1. Kanta Hamada – Jepun
2. Taiyo Furusato – Jepun
3. Syarifuddin Azman – Malaysia

Perlumbaan 1

Selepas dua perlumbaan Kanta Hamada mendahului kedudukan pelumba dengan 45 mata diikuti oleh Syarifuddin Azman dengan 41 mata.

Sharul Ezwan Sharil ditempat ke-8 secara keseluruhan dengan 16 mata.

Perlumbaan seterusnya dijadualkan pada 20 Mac 2020 yang akan berlangsung di Chang International Circuit, Thailand.

Kedudukan Keseluruhan Asia Talent Cup (ATC) 2020:

1. Kanta Hamada – Jepun, 45 mata
2. Syarifuddin Azman – Malaysia, 41 mata
3. Taiyo Furusato – Jepun, 33 mata

Kemenangan ini juga menyaksikan lagu negaraku berkumandang di bumi Qatar. Tahniah Syarifuddin Azman dan Sharul Ezwan Sharil.

Semoga terus cemerlang.

Baca Juga

Baca Juga