Syarikat Judi Penaja Rasmi Manchester City Ini Disyaki Syarikat Hantu

Sebuah portal sukan telah mempersoalkan tentang syarikat penaja Manchester City yang diumumkan baru baru ini, 8XBet, yang dianggap agak misteri.

City mengumumkan mereka menerima tajaan dari sebuah syarikat di Asia pada Julai lalu iaitu syarikat pertaruhan 8XBet sebagai rakan pertaruhan rasmi kelab.

Syarikat tersebut beroperasi di Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Sebelum ini Manchester City pernah disyaki memalsukan syarikat tajaan mereka. Namun selepas siasatan UEFA mereka didapati tidak bersalah.

Kini sebuah lagi syarikat yang merupakan penaja mereka tidak mempunyai maklumat jelas. Dengan CEO syarikat dikatakan telah menggunakan gambar orang lain.

Selain itu laman media sosial mereka juga tidak aktif. Akaun LinkedIN 8XBet cuma menyenaraikan 2 pekerja. Dan kedua dua nama tersebut dianggap tidak wujud.

Syarikat itu ada laman Twitter berbahasa Inggeris yang tak pernah membuat sebarang tweet dan hanya ada 10 pengikut. Selain itu Manchester City tak pernah sekali menyebut nama penaja mereka itu selepas pengumuman rasmi pada Julai.

Laman YouTube 8Xbet ada 360 subscriber. Dengan Teddy Sheringham membuat analisis mingguan. Cuma meraih tontonan kurang 100 tontonan. Kekadang hanya berbelas tontonan sahaja. Sama juga dengan Instagram mereka yang hanya ada 42 pengikut, tak pernah sekali pun mereka mengetag naama Sheringham.

Laman Facebook 8XBet ada sekitar 10k pengikut dan ianya dianggap jumlah sangat kecil berbanding pesaing mereka yang lain, memandangkan mereka bekerjasama dengan sebuah kelab yang ternama.

Josimar Football turut menyemak transparensi laman rasmi Facebook mereka yang berbahasa Inggeris dan mendapati ianya dikendalikan dari UAE.

Pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed bin Sultan Al Nahyan, merupakan tokoh dari UAE.

Josimar kemudian menyebut bahawa 8XBet berkait rapat dengan laman judi QOO Global DMCC.

8XBet menjadi klien utama QOO Global. Buat masa ini Manchester City tidak melayan sebarang usaha yang dilakukan Josimar yang mahukan kebenaran, sama ada syarikat pertaruhan ini benar benar wujud atau syarikat yang diwujudkan untuk mengaburi mata UEFA bagi menambah penaja.

Ada juga yang mengesyaki syarikat tersebut mungkin syarikat hantu?

Hanya Manchester City sahaja yang boleh menjelaskan kebenaran sebenar.

BACA:  Pep Guardiola Ada Akaun Palsu Di Twitter Untuk Pantau Perkembangan Terkini