Syed Saddiq Penyokong Manchester United Sejati

Siapa yang tak kenal dengan Syed Saddiq. Dia adalah tokoh politik yang hebat walaupun usianya masih muda. Malah pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff lahir 6 Disember 1992) merupakan Ahli Politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) di Muar sejak Mei 2018.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah penjagaan era kedua pentadbiran Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Julai 2018 Februari 2020.

Syed Saddiq merupakan Ahli Pengasas Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) dan telah berkhidmat sebagai Presiden pertama MUDA sejak penubuhannya pada September 2020.

Beliau juga merupakan Ahli Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga bekas parti komponen daripada gabungan PH dan berkhidmat sebagai Ketua Pemuda pertama BERSATU dari penubuhan pada 2016 hingga penyingkiran daripada parti itu yang berlaku pada Mei 2020.

Selain daripada bergelar tokoh politik Syed Saddiq seorang yang aktif bersukan. Dia suka menyertai aktiviti lasak seperti menyertai larian jarak jauh dan triathlon.

Syed Saddiq juga peminat sukan bola sepak. Dan merupakan penyokong tegar Manchester United.

Dia sentiasa ber-GGMU sejak dari dulu dan sangat tidak sukakan Liverpool. Lihatlah sendiri keningnya yang seperti Ziana Zain menunjukkan isyarat mengejek Liverpool.

Dia sentiasa bersama sama dengan penyokong Manchester United yang lain di seluruh dunia ketika mereka terpaksa masuk ke dalam gua. Itulah sebabnya kenapa Syed Saddiq benar benar dekat di hati peminat Manchester United. Dahlah kacak, peminat Manchester United pula tu.

@syedsaddiq

Dah lama tak masuk gua 🥲 #syedsaddiq #GGMU #masukgua #footballtiktok #fyp

♬ original sound – Okto Nahak621 – Viana nahak✝️🇮🇩💟 NTT💫

Malah dia juga pernah meraikan kejayaan bersama dengan penyokong Manchester United detik mereka keluar gua. Kerana setiap kegelapan itu pasti sentiasa akan ada sinar di hujung terowong.

Untuk mengembangkan lagi komuniti Manchester United di Malaysia, Syed Saddiq aktif melancarkan kempen lompat pasukan agar penyokong kanak kanak dari kelab lain terutama sekali Liverpool menukar pasukan menyokong Manchester United yang memiliki 20 EPL dalam sejarah mereka. Kesibukan bekerja dan berpolitik tidak pernah membuatkan Syed Saddiq lupa untuk membantu menyedarkan golongan muda ini bahawa menyokong Manchester United adalah perkara terbaik.

Syed Saddiq seorang penyokong bola sepak yang sangat kental dan setia. Walaupun terpaksa turun bekerja ketika pasukannya diaibkan 5-0. Dia tetap mengukir senyuman dan komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli politik.

Manchester United dan rakyat itu harus selari dan diutamakan oleh Syed Saddiq dalam setiap langkah dan denyut nadinya.

Sebagai peminat tegar EPL dan Manchester United, Syed Saddiq antara yang pernah berjanji akan menayangkan EPL secara langsung di RTM jika PH menang pada satu ketika dahulu.

Bukan tak nak menunaikan janjinya, namun bak kata mereka, manifesto itu bukan kitab suci kan?

Nikmatilah skil dan aksi Syed Saddiq di padang bola sepak:

Baca Juga

Baca Juga