Syed Saddiq Terkejut Dengan Lawatan Mengejut Beliau Ke AMD

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah melakukan lawatan mengejut ke AMD atau nama penuhnya Akademi Mokhtar Dahari bukan Advanced Micro Devices syarikat yang buat processor dan grafik kad.

Hasil lawatan ke Alademi Mokhtar Dahari itu nyata mengejutkan dan mengecewakan Menteri Belia dan Sukan dengan keadaan insfrastruktur dan fasiliti yang berada dalam keadaan teruk.

Para pelatih yang terdiri dari pemain juga mengadu dengan kemudahan yang disediakan.

Perkara ini diutarakan Syed Saddiq dalam hantaran di muka bukunya yang bertajuk.

Lawatan mengejut ke Akademi Mokhtar Dahari di Gambang

Kecewa. Akademi yang sepatutnya menjadi pemacu pembangunan bola sepak negara indah khabar dari rupa. Dengan banyak kerosakan dan fasiliti yang tidak boleh digunakan, saya hanya boleh gambarkan kekecewaan saya.

Kemudahan asas pun tidak sempurna. Para pemain sendiri complain kepada saya, bilik mereka macam oven. Makanan di sekolah lama mereka, lebih baik dari makanan di sini. Sampai mereka terpaksa seludup makanan, sebab kelaparan.

Bro Saddiq mendengar luahan adik-adik

Bukan itu saja, dengan bola tidak cukup, baju latihan yang sudah singkat, kasut bola lusuh, masalah kebocoran, gym yang kosong, bilik hydrotheraphy yang tak boleh diguna, performance analysis room yang bocor dan tidak lengkap di mana staff perlu menggunakan laptop sendiri, projek RM 85 juta ini amatlah mengecewakan.

Canggih! Tak perlu pakai kon lagi untuk latihan

Saya memandang serius perkara ini. Saya akan mengambil tindakan tegas untuk menangani masalah di AMD, untuk masa depan bola sepak negara.

Pautan Asal :

Baca Juga

Baca Juga