Tahith Chong Terlepas Peluang Terbuka Seluas-Luasnya

Pemain muda Manchester United yang sedang meningkat tua seperti kita semua, Tahith Chong telah meggemparkan pagi jumaat yang indah apabila telah terlpeas peluang terbuka tanpa sebarang kawalan dan tekanan.

Kejadian ini berlaku dalam perlwanan Manchester United menentang pasukan FC Astana dari Kazakhstan di saingan kelas kedua Eropah iaitu Europa League.

Manchester United terlebih dahulu di depan pada minit ke-10 selepas ketua pasukan penuh karisma Jesse Lingard, menunjukkan contoh melalui tauladan membuka tirai jaringan.

Pda separuh masa kedua, Setan Merah mampu untuk menggandakan kedudukan dan mungkin juga terus membunuh perlawanan namun sebaliknya terjadi, Setan Merah terbunuh.

Luke Shaw telah membuat satu hantaran menarik kepada Tahith Chong yang tidak dikawal kerana pemain FC Astana termasuk penjaga gol sudah terperangkap.

Entah apa bermain difikiran Chong ketika itu, mungkin rambut tebal menutupi isyarat fikiran beliau apa perlu dilakukan. Rambut tutup mata?

Chong melakukan satu percubaan yang melepasi palang gol walaupun bola itu akan masuk dengan satu tapping mudah.

Lebih parah 38 saat selepas Tahith Chong melepaskan peluang keemasan FC Astana menyamakan kedudukan hasil jaringan Dmitriy Shomko pada minit ke-55.

Tidak lama berselang FC Astana dua gol di depan, Di’Shon Bernard menjaringkan gol sendiri selepas tertampan percubaan pemain FC Astana.

Satu kesilapan dan situasi yang menjadi titik perubahan antara dua pasukan dalam perlawanan ini.

Baca Juga

Baca Juga