Tajikistan Juara Pestabola Merdeka 2023 Selepas Berjaya Taji Malaysia

Malaysia ataupun Harimau Malaya terpaksa menelan kekalahan perit pada aksi final Pestabol Merdeka di tangan pasukan di ranking lebih baik iaitu Tajikistan.

Aksi final kali ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan kehadiran seramai 33,461 penyokong.

Dengan tumpuan pastinya tertumpu ke arah skuad Harimau Malaya yang berjaya meraih pujian ramai pihak selepas kejayaan mewaskan India baru baru ini.

Isu padang menjadi topik hangat sebelum perlawanan. Namun pihak FAM tetap yakin bahawa SNBJ venue terbaik untuk menganjurkan aksi final.

Perlawanan dimulakan dengan Malaysia cuba melakukan beberapa ciptaan peluang di hadapan gol. Namun ternyata hasilnya agak tidak memberangsangkan.

Tajikistan merantai Arif Aiman yang menjadi watak penting kemenangan Malaysia ke atas India sebelum ini. Dia dan Faisal Halim tidak diberikan ruang besar.

Safawi Rasid melakukan satu sepakan percuma cantik yang disambar Matthew Davies namun ketangkasan penjaga gol Tajikistan menafikannya.

Ketika perlawanan terus buntu, pada minit akhir separuh masa pertama Malaysia dihukum pelawat selepas Dominic Tan kehilangan kawalan ke atas  Alisher Shukorov yang terus menewaskan Syihan Hazmi.

Separuh masa pertama berakhir dengan pelawat mendahului pasukan kebangsaan Malaysia dengan 1-0.

Separuh masa kedua, Malaysia cuba bangkit. Di mana Brendan Gan gagal menyempurnakan peluang keemasan miliknya.

Kemudian Endrick melakukan tandukan yang tersasar, sedikit tinggi. Akhyar Rashid yang masuk pada separuh masa kedua juga memiliki peluang gol terbaik selepas menerima hantaran Corbin Ong namun gagal disudahkan.

Faisal Halim melakukan satu lagi percubaan bahaya namun hanya menggegar tiang gol.

Tajikistan seterusnya menghukum Malaysia lagi pada minit ke-87 menerusi pemain gantian Sharom Samiev. Berlaku kecelaruan dan salah faham antara Dominic Tan dan penjaga gol. Membolehkan pemain itu menyumbat masuk gol kedua.

Pengadil memberikan masa kecederaan 7 minit. Malaysia cuba bangkit namun gagal. Dan akhirnya Tajikistan meraikan kemenangan serta kejayan menjulang trofi Pestabola Merdeka 2023 di hadapan ekor Harimau Malaya.

Dengan keputusan ini bermakna Malaysia bergelar naib juara edisi Pestabola Merdeka 2023.

Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca Juga

Baca Juga