Tak Ada Masalah Jual Salah, Sebab Dia Terlalu Pentingkan Diri- Penyokong Liverpool

Mohamed Salah pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Pemain sayap Mesir itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Liverpool sejak dari awal beliau ditandatangani pada tahun 2017 yang lalu.

Beliau walau bagaimanapun telah mempamerkan aksi persembahan yang lebih luar biasa dasyat pada musim ini dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Beliau pada ketika ini juga sedang mendahului carta senarai penjaring terbanyak dalam saingan Premier League, dengan Salah sudah berjaya menjaringkan 14 gol setakat hari ini.

Beliau juga telah berjaya menjaringkan tujuh gol dalam saingan Champions League, dan turut menjadi nadi penting dalam membantu Liverpool mencatatkan enam kemenangan dari enam perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan.

Pemain berusia 29 tahun itu kini mempunyai baki kontrak selama 18 bulan sahaja lagi bersama kelab dengan kebanyakan penyokong Liverpool berharap agar kelab mampu untuk melanjutkan kontrak Salah sebelum tamat.

Salah berkemungkinan akan meninggalkan kelab seandainya pihak kelab gagal memenuhi permintaan beliau untuk menandatangani kontrak baru.

Namun adakah akan jadi masalah seandainya Salah benar-benar meninggalkan kelab?

Ia tidak menurut salah seorang penyokong Liverpool, yang menghubungi talkSPORT kemarin untuk membuat pengakuan tersebut.

Ketika beliau ditanya antara Salah dan Virgil Van Dijk, siapakah yang beliau sanggup untuk meninggalkan kelab, dengan penyokong itu menjawab:

“Saya ada pendapat yang berbeza di sini. Salah menakjubkan, tapi sebagai sebuah pasukan, kadang kala kita bermain lebih baik tanpa Salah.”

“Dia jaringkan gol yang menakjubkan, dia bawa maut kepada pasukan lawan, tapi dia juga teramat pentingkan diri sendiri, dan saya sudah nampak ada beberapa kali Liverpool bermain dengan sangat baik tanpa Salah dan saya nampak mereka cemerlang sebagai satu pasukan.”

“Mane lebih banyak terlibat, siapa saja yang bermain sebagai false nine dia lebih banyak terlibat kerana mereka tak sentiasa cari Salah.”

Beliau kemudiannya ditekan oleh Andy Goldstein yang bertanya kepadanya adakah beliau benar-benar sanggup melihat Salah di jual, dengan beliau menjawab:

“Yeah, yeah, yeah.”

Di bawah merupakan video perbualan antara peminat Liverpool itu dengan talkSPORT yang membincangkan tentang Salah.

Ramai yang mempertikaikan tentang dakwaan yang dilakukan oleh peminat tersebut, kerana merasakan Salah lebih diperlukan berbanding Van Dijk pada ketika ini.

Hal ini kerana Liverpool pada musim lalu masih mampu berjuang dan menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas walau tanpa kehadiran Virgil Van Dijk.

Namun kehilangan Van Dijk juga sebenarnya turut dirasai oleh Liverpool dengan mereka kerap dibolosi ketika ketiadaan pemain kebangsaan Belanda itu.

Jadi jika berbicara tentang siapa lagi penting antara kedua-dua Salah dan Van Dijk, jelas sekali kelab memerlukan kedua-dua pemain.

Seorang membantu dari segi bertahan dan seorang lagi membantu jentera serangan dengan gabungan kedua-dua mereka bakal lebih menjamin kejayaan untuk skuad.

Salah pada ketika ini masih dalam sesi rundingan bersama kelab berkait tawaran kontrak baru, dengan beliau sudah menegaskan yang beliau mahu terus kekal di Anfield sepanjang kariernya.

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada kelab untuk memutuskan sendiri sama ada mahu terima atau tidak permintaannya.

Kebanyakan peminat jelas sekali sangat berharap agar kelab bersetuju sahaja dengan permintaan Salah, kerana beliau telah membuktikan kemampuan sebenarnya sejak dari awal ditandatangani.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Legenda Liverpool Yakin Salah Tidak Setahap Cristiano Ronaldo