Tak Konsisten Punca Liverpool Gagal Tandingi Man City

Penyampai talkSPORT, Trevor Sinclair mendedahkan yang beliau yakin tidak konsisten punca mengapa Liverpool gagal tewaskan Man City dalam perebutan merebut gelaran Premier League musim lalu.

Walaupun Liverpool berjaya mengakhiri saingan Premier League musim 2021/22 di kedudukan kedua dengan perbezaan satu mata dibelakang City, dan ditambah dengan kejayaan mereka mengumpul 92 mata, Sinclair tetap merasakan Liverpool tidak konsisten.

Beliau merasakan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu tak mampu tandingi Man City dari segi konsistensi setiap minggu.

“Liverpool akan turun dengan memberikan segala-galanya, kamu tak tahu apa kamu akan dapat, itulah boleh dikatakan kelemahan terbesar mereka.”

“Kerana Man City sangat terkawal, mereka menang perlawanan dengan cara yang sama setiap minggu dan berulang-ulang.”

“Saya selalu berpegang pada hal itu, Liverpool lebih kepada memenangi cup competition kerana pada hari tertentu mereka boleh kalahkan sesiapa sahaja.”

“Manchester City akan dapat mata paling banyak kerana mereka lebih konsisten dan akan lebih kerap tewaskan pasukan lawan.”

Untuk menganggap yang Manchester City konsisten adalah satu hal yang sememangnya wajar untuk dipersetujui kerana mereka sememangnya konsisten dalam semua pertandingan yang disertai.

Namun untuk menghukum Liverpool sebagai pasukan yang tidak konsisten sepertinya ia sedikit tidak adil kerana anak-anak buah Jurgen Klopp itu juga turut menunjukkan konsistensi mereka.

Liverpool hanya kekurangan satu kemenangan sahaja berbanding Man City musim lalu, dengan mereka turut memiliki kelebihan kurang satu kekalahan berbanding The Citizens.

Jumlah 92 mata yang berjaya Liverpool kumpulan sebenarnya sudah cukup untuk membantu mereka memenangi gelaran liga.

Walau bagaimanapun, memandangkan Man City juga turut berada di tahap persembahan terbaik mereka, maka tidak hairanlah untuk melihat Liverpool gagal untuk memenangi liga musim lalu.

Musim lalu merupakan kali kedua Manchester City menewaskan Liverpool dengan jurang mata yang sangat tipis dan ia sudah cukup untuk membuktikan tahap konsistensi kedua-dua pasukan itu.

Melihat Manchester City menandatangani Erling Haaland pada musim panas ini, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga tidak mahu mengalah dengan mereka turut berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini.

Liverpool mengeluarkan dana yang sangat besar untuk mendapatkan Darwin Nunez dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai £85 juta.

Selain itu, The Reds turut berusaha memantapkan skuad mereka dengan menandatangani bintang muda seperti Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho.

Sangat menarik untuk menyaksikan perseteruan antara kedua-dua pasukan ini pada musim baharu nanti, dengan mereka sudah tentu akan saling mencabar untuk memenangi gelaran liga.

Walau bagaimanapun, Tottenham Hotspur juga tidak boleh dipandang rendah, kerana skuad kendalian Antonio Conte itu turut sedang mempersiapkan skuad terbaiknya bagi menghadapi musim baharu ini.

Tottenham Hotspur kini sudah sah berjaya menandatangani Perisic, Bissouma, Forster dan Richarlison dan ia membuktikan yang skuad kendalian Antonio Conte itu sudah bersedia untuk beri cabaran kepada Man City dan Liverpool.

Arsenal juga turut berbelanja sakan pada jendela perpindahan musim panas ini dan hal itu menunjukkan yang Arteta juga turut mahu mencabar gelaran liga pada musim hadapan.

Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan dari ‘big six’ ada membeli pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, kecuali Manchester United.

Sehingga hari ini, skuad kendalian Erik Ten Hag itu masih gagal untuk melengkapkan pembelian walau seorang pemain pun lagi.

Man Utd masih dalam usaha mereka untuk mengejar Frenkie de Jong dan peminat sepertinya tidak gembira melihat kelab membuang masa terlalu lama mengejar bintang Barcelona itu.

Tidak pasti apa perancangan kelab selepas ini, namun satu hal yang pasti, para peminat mengharap Man Utd akan mampu mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain baru pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champions League 2021/22: Benfica 1-3 Liverpool