‘Tak Peduli Tentang Real Madrid Dan Everton’ – Rodriguez Mahu Liverpool Julang UCL

James Rodriguez tampil merobek hati para penyokong kedua-dua bekas kelabnya Everton dan Real Madrid selepas beliau memilih Liverpool untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Beliau tanpa rasa bersalah mendedahkan hasratnya mahu melihat Liverpool menewaskan bekas kelabnya, Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Liverpool akan turun bertemu Real Madrid pada 28 Mei nanti untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions League di Stade de France di Paris.

Ia seolah-olah perlawanan ulangan untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions League di Kyiv pada tahun 2018 lalu dengan Gareth Bale ketika itu meledak dua gol untuk bantu Los membenam The Reds 3-1.

Walaupun pernah beraksi selama enam musim di Madrid pada awal kariernya, Rodriguez tetap memilih Liverpool untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Beliau memberi sokongan penuh kepada Liverpool untuk menang dek kerana beliau mahu melihat rakan senegaranya, Luis Diaz menjulang Piala paling berprestij di benua Eropah itu.

“Saya mahu Liverpool menjadi Juara.”

Jelas Rodriguez menurut laporan dari wartawan Colombia, Pipe Sierra.

“Saya ada ramai kawan di Real Madrid dan mereka merupakan pasukan yang sukar dikalahkan dalam perlawanan seperti ini, tapi saya mahu Lucho (Diaz) menang.”

Ia agak menakjubkan untuk melihat Rodriguez tak peduli tentang siapa Liverpool akan jumpa di pentas perlawanan akhir asal saja beliau mahu melihat rakan senegaranya itu menang.

Ia jelas sekali akan merobek hati para penyokong Real Madrid, kerana bekas pemain mereka memilih untuk menyokong pasukan lawan berbanding Los Blancos sendiri.

Begitu juga dengan penyokong Everton, mereka jelas akan sangat kecewa kerana James Rodriguez seolah-olah lupa akan perseteruan antara mereka dengan Liverpool hingga sanggup menyokong seteru utama mereka itu untuk muncul Juara.

James Rodriguez juga dilaporkan merupakan individu bertanggungjawab yang meyakinkan Diaz supaya melengkapkan perpindahan bernilai £37 juta dari Porto ke Liverpool pada Januari lalu.

Tottenham Hotspur sebenarnya merupakan pasukan yang lebih awal berminat untuk menandatangani Diaz, namun bintang Colombia itu akhirnya memutuskan untuk ke Anfield.

The Mirror mendakwa yang Diaz telah bercakap dengan kedua-dua Rodriguez dan bekas bintang Manchester United, Radamel Falcao tentang keputusan beliau mahu ke Anfield.

Kedua-dua mereka turut menyokong keputusan Diaz dan meyakinkan beliau yang Liverpool bakal menjadi destinasi terbaik untuk beliau mengembangkan kariernya.

Diaz telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari awal ketibaannya ke bumi Anfield.

Ketika aksi bertemu Aston Villa awal pagi tadi, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan seterusnya membantu The Reds mengutip tiga mata penuh.

Diaz terus menerus membuktikan yang beliau penandatanganan paling berbaloi

Luis Diaz terus menerus membuktikan yang beliau merupakan penandatanganan Januari terbaik dalam sejarah saingan Premier League selepas mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan bersama Liverpool.

Beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat ketika membantu Liverpool menewaskan Aston Villa 2-1 awal pagi tadi.

Pemain sayap Colombia itu telah beberapa kali membuktikan yang Liverpool sebenarnya telah membuat keputusan yang tepat untuk menandatangani beliau.

Ketika aksi bertemu Villarreal sebelum ini, kemasukkan Diaz jelas sekali telah mengubah sepenuhnya permainan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Liverpool ketika itu ketinggalan 2-0 dan selepas kemasukkan beliau, skuad The Reds berjaya melakukan comeback untuk memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2.

Beliau kemudiannya sekali lagi menjadi wira Liverpool selepas meledak gol penyamaan ketika bertemu Tottenham Hotspur sebelum ini, seterusnya membantu The Reds setidak-tidaknya mengutip satu mata.

Hari ini, beliau konsisten melakukan hal yang sama dengan beliau menjadi wira Liverpool ketika menewaskan Aston Villa di Villa Park.

Dengan The Reds ketika itu sedang terikat 1-1 bertemu Everton dan mereka sedang benar-benar terdesak mahu mencatat kemenangan, bekas bintang Porto itu berjaya mencipta detik menakjubkan membantu Sadio Mane untuk meledak gol kemenangan.

Beliau masuk dari sudut sebelah kiri dan membuka ruang yang cukup selesa untuk menghantar bola kepada Sadio Mane yang kemudiannya bijak menewaskan Emi Martinez untuk gol kemenangan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Mane berjaya catat nama sebagai penjaring gol dan beliau sememangnya sudah berkali-kali melakukan hal yang sama pada musim ini.

Namun pujian harus diberikan kepada Luiz Diaz kerana berjaya melakukan sesuatu yang diharapkan ketika ia benar-benar diperlukan oleh skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

“Saya dah kata Diaz sememangnya penandatanganan paling berbaloi, dia sentiasa berikan impak seperti yang diharapkan.”

“Kita bertuah berjaya dapatkan dia, dia memang pemain yang kita perlukan dan kerana dia kita sekarang jadi pasukan yang berbeza.”

“Percayalah yang dia akan bantu kita menang macam-macam kejuaraan selepas ini, kita kini memiliki jentera serangan terhebat dalam dunia bola sepak.”

“Dia sekarang pemain terpenting kita, dia akan sentiasa hadirkan impak yang sangat diharapkan dan pasukan lawan juga pening kepala nak kawal siapa sekarang.”

“Baru sahaja sertai kita dia sudah ada keserasian dengan pemain lain, pembelian yang sangat-sangat berbaloi.”

Pemain berusia 25 tahun itu jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan beliau sering mempamerkan aksi persembahan terbaiknya sejak dari awal beliau ditandatangani pada Januari lalu.

Nilai £37.5 juta yang Liverpool bayar untuk mendapatkan khidmatnya itu jelas sekali sangat berbaloi.

Liverpool pada ketika ini masih berpotensi untuk memenangi gelaran quadruple dengan mereka masih berpeluang untuk menjulang baki tiga Piala yang masih dipertandingkan musim ini.

Kehadiran Diaz pada Januari lalu merupakan antara kunci utama yang membantu Liverpool untuk terus berpotensi memenangi gelaran quadruple musim ini.

Mereka ketika ini sudah berjaya memenangi gelaran Carabao Cup dan skuad kendalian Jurgen Klopp itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup.

Mereka selepas itu akan turun dalam satu lagi aksi perlawanan akhir untuk bertemu Real Madrid dalam saingan Champions League.

Selain dua perlawanan akhir itu, Liverpool juga turut berpotensi untuk memenangi gelaran liga musim ini dengan mereka ketika ini masih mencabar Man City di puncak saingan liga.

Seandainya Liverpool konsisten mencatatkan kemenangan dalam kesemua baki perlawanan liga musim ini, maka mereka jelas sekali mengharap agar City akan keciciran mata.

Sangat menarik untuk melihat apa yang akan mampu dilakukan oleh Liverpool musim ini, dan tentunya para penyokong mereka sangat berharap agar mereka akan mampu untuk memenangi kesemua baki tiga piala yang tinggal atau setidak-tidaknya salah satu darinya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rumah Sadio Mane Dipecah Masuk Ketika Liverpool Menentang Bayern Munich