Tak Ramai Yang Tahu Son Heung-min Muncul Dalam Filem Marvel

Sebenarnya pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min, telah muncul dalam filem Marvel, atau lebih tepat dalam siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU) dan tidak ramai yang sedar.

Jika anda membuat tekaan Son tampil dalam filem Shang-Chi and The Legends of Ten Rings, anda silap. Son tidak tampil dalam filem ala-ala filem kungfu klasik Hong Kong itu.

Sewaktu pelancaran filem Spiderman : No Way Home pada tahun 2021, para peminat dihidangkan dengan aksi mesra dan akrab antara bintang filem tersebut, Tom Holland, yang juga penyokong tegar Tottenham Hotspur, bersama pemain ini. Tetapi tiada seorang yang mendedahkan bahawa mereka sebenarnya ‘rakan sejawat’ dalam MCU.

Jika benar Son telah muncul dalam filem Hollywood ini, maka secara rasminya Son boleh diangkat sebagai satu-satunya pelakon Korea yang tampil dalam filem tanpa sebarang pembedahan plastik di muka lah, kan?

Sebenarnya, penyerang Korea Selatan itu bukanlah muncul secara langsung dalam mana-mana filem apatah lagi perlu membaca skrip di depan kamera, tetapi seorang pengguna TikTok, @noproblemgamer, dilihat mempunyai cukup banyak masa dan telah melakukan satu kajian tentang satu perlawanan bola sepak yang ditayangkan di dalam filem Black Widow yang ditayangkan pada tahun 2021.

Penampilan Son ini sangatlah sekejap dan hanya mereka yang mempunyai pengelihatan yang tajam sahaja mampu untuk menangkap aksi tersebut.

Dalam filem tersebut, terdapat satu babak di mana Scarlett Johansson yang melakonkan watak sebagai Natasha dan Yelena yang dimainkan oleh Florence Pugh, telah berjalan ke dalam sebuah kedai yang mempunyai televisyen di latar belakangnya dan menyiarkan satu perlawanan bola sepak.

Jika dilihat, skrin tersebut agak kabur dan memerlukan kajian mendalam untuk dilihat.

Tetapi selepas dikaji dengan teliti, @noproblemgamer mendapati bahawa perlawanan tersebut adalah di antara Korea Selatan menentang Paraguay dalam satu siri persabahatan pada tahun 2014.

Antara pemain yang berada dalam kesebelasan utama pada hari tersebut adalah….. Son Heung-min!

Ini adalah penjelasan brader TikTok tersebut.

@noproblemgambler

Reply to @lucbougee Comment more you want me to figure out #football #soccer #fifa #marvel #epl

♬ original sound – No Problem Gambler

“Aku menerima banyak gila permintaan untuk menyelidik perlawanan apakah yang berlangsung di latar belakang dalam Black Widow semasa Yelena dan Natasha berjalan ke dalam kedai tu.

“Malah ada orang yang DM dan komen yang mengatakan bahawa perlawanan tersebut adalah perlawanan pada tahun 2016 antara Belgium dan Sepanyol. Aku faham kenapa diorang fikir macam tu, tapi diorang salah!” ujarnya panjang lebar.

Pengguna TikTok ini menunjukkan di mana kesilapan orang yang meneka perlawanan tersebut yang meneka dengan melihat papan iklan di tepi padang dan membandingkannya dengan stadium di Belgium, sambil mengambil kira jersi yang dipakai Sepanyol – baju merah dan seluar biru.

Kemudian @noproblemgamer mula menerangkan kajiannya, dengan melihat kepada kunci utama dalam klip tersebut adalah warna stokin pasukan yang berbaju merah – sama warna dengan baju. Dia selepas itu membandingkan warna stokin pasukan Sepanyol yang ternyata berwarna biru dan menyimpulkan bahawa perlawanan tersebut bukanlah antara Sepanyol menentang Belgium.

Selepas kajian mendalam tentang warna jersi dan membandingkannya dengan aksi pasukan Sepanyol, dia memutuskan bahawa dia telah melihat di benua yang salah dan mengatakan bahawa jersi tersebut adalah milik pasukan Korea Selatan yang dipakai sekitar tahun 2012 sehingga 2015.

Berjaya meneka nama pasukan, dia kemudiannya mencari perlawanan yang melibatkan Korea Selatan memakai jersi home yang dimainkan di stadium yang mempunyai trek di sekelilingnya dan berjaya menemukan lapan perlawanan sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Daripada lapan perlawanan tersebut, hanya enam perlawanan yang melibatkan Korea Selatan menentang pasukan yang memakai jersi serba putih.

Kemudian daripada enam perlawanan tersebut, dia berjaya menemukan satu perlawanan yang mempunyai imej dan setting yang sama seperti di dalam filem Black Widow tersebut.

Oleh sebab itu, dia dengan yakinnya menyatakan bahawa perlawanan tersebut adalah antara Korea Selatan menentang Paraguay dalam satu perlawanan persabahatan kedua-dua pasukan dengan keputusan berpihak kepada negara oppa dua gol tanpa balas pada tahun 2014.

Dalam perlawanan tersebut, Son telah dimasukkan di pertengahan perlawanan dan dari situ, dia membuat kesimpulan bahawa Son pernah tampil dalam MCU.

Penyokong Tottenham excited tak ni?

Sumber : 442

BACA:  Mourinho Ganggu Temuramah Son Untuk Beritahu Kane Pemain Terbaik Perlawanan