Takehiro Tomiyasu Dianggap Mempunyai Mentaliti Sehebat Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter

Pemain right-back Arsenal, Takehiro Tomiyasu dianggap mempunyai mentaliti sehebat Cristiano Ronaldo oleh salah seorang bekas jurulatihnya.

Tomiyasu merupakan antara pemain paling berprestasi di Emirates sejak dari awal ketibaannya dari Bologna pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Arsenal membayar £17 juta untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Jepun itu dan ia sepertinya sangat berbaloi.

Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak, dengan bekas sporting director Sint-Truiden’s, Andre Pinto yang bertanggungjawab menaikkan karier Tomiyasu ketika remaja percaya ada persamaan antara bintang Jepun itu dengan Cristiano Ronaldo.

“Apa yang menakjubkan tentang Tomi adalah dia tidak akan menerima apa-apa yang tidak menjamin kejayaan.”

Jelas Andre Pinto kepada Goal.

“Dia bukan bertuah, tidak ada apa-apa yang dia ada hari ini hasil dari tuah dia. Dia sememangnya seorang pemain yang sangat bekerja keras.”

“Kamu boleh jumpa ramai pemain yang berdedikasi, tapi mentaliti Tomi ada sedikit persamaan dengan Cristiano Ronaldo dari segi tekad, kerja keras dan menjaga kesihatan.”

“Dia merupakan seorang pemain yang tidak pernah puas. Dia akan terus bekerja keras untuk memastikan diri dia berada di tahap yang terbaik.”

Pemain kebangsaan Jepun itu menghabiskan tempoh selama satu tahun di Belgium sebelum melengkapkan perpindahan menyertai saingan Serie A pada tahun 2019 lalu.

Disamakan dengan kerja keras Cristiano Ronaldo merupakan satu kebanggaan untuk Tomiyasu, memandangkan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu dikenali sebagai seorang pemain yang luar biasa profesional.

Ronaldo yang kini dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, bekerja keras untuk sampai ke tahap kejayaan beliau sekarang.

Bekas rakan sepasukan yang juga sahabatnya, Rio Ferdinand baru-baru ini menceritakan bagaimana usaha dan pengorbanan Ronaldo untuk terus kekal cergas dan berjaya hingga ke hari ini.

Ferdinand bercakap kepada Anthony Joshua minggu lalu, di saluran Youtube William Hill’s, dan beliau telah ditanya tentang bagaimana untuk sampai ke tahap elit seperti yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo.

Penyampai BT Sport itu kemudiannya menjawab:

“Saya rasa kamu perlu berani. Orang jarang bercakap tentang keberanian Cristiano.”

“Dia sangat berani ambil risiko, dia datang ke negara berbeza. Dia ada keberanian untuk terus jadi diri dia sendiri dan tidak berubah menjadi orang lain.”

“Dia jadi taksub dengan sukan yang dia pilih dan kemudian mengkaji lebih dalam dan membina sesuatu berguna untuk diri dia sendiri.”

“Saya pernah pergi ke rumah dia sekali dan saya masuk dan ada enam ke tujuh orang yang duduk di bilik hadapan di rumah dia. Saya kata kepada dia, ‘Cris, siapa mereka semua ini?’

“Dia ketika itu jawab, ‘itu tukang urut saya, pakar pemakanan saya, doktor saya, physio saya, tukang masak saya.”

“Dia ada semua orang ini dan pada ketika itu, tidak ada sesiapa yang melakukan hal itu. Dia lebih berwawasan dalam bab ni.”

“Dia akan lihat segalanya dari sekecil-kecil hal yang akan bantu dia untuk lebih berkembang.”

“Dia akan kirim gambar pada saya untuk tunjuk dia jalani sesi latihan sendiri dalam air laut. Dia memandu selama dua jam untuk sampai sana ketika dia masih di Turin bersama Juventus.”

“Orang lain dekat rumah atau keluar makan malam. Dia pula akan usaha guna masa yang ada untuk berlatih.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zidane Tidak Akan Tukar Cristiano Ronaldo Dengan Mohamed Salah
Share on facebook
Share on twitter