Jepun terkenal dengan ketinggian budi bahasa, disiplin, jati diri dan budi pekerti dalam menjalani kehidupan seharian, budaya hormat menghormati diterapkan dalam setiap aspek kehidupan.
Selain terkenal dengan Anime dan benda pelik-pelik Jepun juga dikenali kerana kebijaksaan mereka dalam meringkas kehidupan seharian untuk membuatkan segalanya menjadi muda.
Dua perenggan di atas tiada kaitan langsung dengan apa yang bakal diceritakan. Sekadar mahu nampak bijak.
Sebelum turun ke Piala Dunia 2018 yang berlangsung Russia, Jepun berada dalam prestasi yang agak teruk dan memilukan sejak Akira Nishino mengambil alih dari Vahid Halilhodzic pada April.
Jepun hanya mencatat kemenangan ke atas Paraguay 4-2 dalam perlawanan pemanas badan terakhir yang sebelum itu kemarau jaringan selama 231 minit dan mengalami kekalahan.
Kemenangan ke atas Paraguay nyata menjadi tonik buat Jepun untuk beraksi cemerlang di Piala Dunia 2018 apabila berjaya mengejutkan Colombia.
Jepun meneruskan rentak positif ketika menentang Senegal apabila berjaya bangkit mengikat walaupun dua kali ketinggalan.
Pasukan Nippon layak menang ke atas Senegal namun nasib nyata tidak menyebelahi mereka. Jepun kini merupakan pasukan Asia yang paling cemerlang.
Dalam perlawanan menentang Senegal, Jepun nyata bijak mencari penyelesaian bagi menghadapi perbezaan fizikal 12 inci dan saiz Asia.
Jika Enland bijak menggunakan gerakan dari sepakan percuma untuk menghasilkan gol, Jepun tidak terkecuali dalam hal ini.
Jepun nyata telah berlatih dengan keras untuk menghadapi ketinggian pemain Senegal semasa sepakan percuma dengan genius membuat perangkap offside.
Senegal telah mendapat sepakan percuma dari posisi yang bahaya tetapi Jepun tenang dengan membuat perangkap offside paling genius yang pernah korang lihat.
this is the best offside trap in history. #JPNSEN pic.twitter.com/HxVGHkpQLP
β Ann Odong π¨ (@AnnOdong) June 24, 2018
Enam pemain Senegal masuk perangkap offside Jepun apabila pemain Jepun naik secara serentak dan tepat pada masanya.
Sementara itu dua lari membuat larian kebawah untuk menutup segala kebarangkalian jika berlaku kesilapan. Bijak bukan?
Tak jelas? Tengok video di bawah.
Korang bayangkan la berapa lama Jepun berlatih nak dapatkan fokus dan timing yang tepat untuk dilakukan dalam perlawanan sebenar.
Ketika membuat serangan pengurus Jepun, Akira Nishino mendedahkan bahawa mereka perlu bermain seperti biasa bagi menghadapi Senegal secara fizikal.
Sambil membuat kelakar Akira Nishino berkata :
βAku dah bagitau Takashi Inui dan Ryota Oshima bahawa mereka perlu menambah berat sebanyak 5 kilogram dan meningkatkan ketinggian sebanyak 5 sentimeter. Harey betol, rancangan ini gagal.β
βTapi banyak idea yang boleh kami pakai. Jika bermain secara fizikal maka kami tiada kelebihan jadi kaminkena guna kepantasan dan pergerakan bola.β
Nyata taktik yang digunakan Jepun hampir beroleh kemenangan.
Pemain penyerang handalan Livrepool, Sadio Mane meletakkan Senegal di hadapan hasil jaringan jarak dekat selepas penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima melakukan kesilapan yang memilukan dan berunsur Karius.
Bola yang berterbangan melepasi Kawashima selepas percubaan penjaga gol Jepun itu menumbuk menemui penyerang Liverpool, Sadio Mane.
Jepun bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama selepas Takashi Inui cantik melencong bola ke gawang Senegal.
4 β Keisuke Honda is now the top-scoring Asian player in World Cup history, netting four goals in nine total appearances in the competition. Icon. #JPNSEN #JPN #WorldCup pic.twitter.com/tT4NYxu04K
β OptaJoe (@OptaJoe) June 24, 2018
Bersambung separuh masa kedua, Moussa Wague kembali meletakkan Senegal di hadapan dengan harapan Senegal mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.
Pemain gantian Jepun, Keisuke Honda memastikan satu mata penting milik Jepun dengan gol penyamaan pada minit ke-78.
Samurai Biru berdepan Poland dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.