Taktik Guardiola Rosakkan Bola Sepak!

Bekas pemain pertahanan Valencia dan Argentina. Roberto Ayala telah menempelak sistem permainan yang diketengahkan oleh Pep Guardiola dengan mengatakan ia hanya akan merosakkan bola sepak kerana telah menukar fungsi sebenar seorang pertahanan – bertahan.

Ayala memenangi La Liga sebanyak dua kali bersama Valencia, dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik di posisinya di Sepanyol berdepan Guardiola sebelum bersara di Real Zaragoza. Dia juga telah memenangi 115 caps bersama skuad kebangsaan Argentina, dan pernah bermain bersama lagenda seperti Ariel Ortega, Gabriel Batistuta dan Diego Simeone.

“Pasukan Barcelona di bawah Guardiola memang pasukan terbaik yang pernah saya saksikan seumur hidup saya, tetapi dari satu segi mereka sedang menuju kehancuran,” katanya kepada La Nacion.

Ayala hari ini masih lagi tampan. Harap-harap dia ada tulis buku selfie nanti.

“Sekarang ramai pemain pertahanan mahu bermain bersama Barcelona tetapi, mereka tidak akan dapat!

“Pertahanan tengah? Bertahan dulu, bagi keselamatan kepada penjaga gol. Pertahanan tepi? Jangan lupa diri yang kamu tu pertahanan.

Dengan kata lain, mungkin Ayala lebih suka pemain pertahanan yang selalu clear bola sambil pejam mata.

Sebagai rekod, Ayala telah dinamakan dalam pasukan All Star dalam Piala Dunia 2006, di mana Leo Messi muncul pemain termuda menjaringkan gol dalam kejohanan berprestij tersebut pada usia 18 tahun 357 hari.

Sokong Messi

Cuba teka, Messi menangis atau gelak?

Ketika ditanya mengenai Messi yang bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan, Ayala menyokong tindakan tersebut, dan dia mendakwa dia faham perasaan Messi setelah kalah dalam tiga perlawanan akhir kejohanan Copa America dan Piala Dunia 2014.

“Semua kritikan pedas tu saya rasa memang melukakan dia. Lagipun dia tak pernah menang apa-apa pun bersama pasukan kebangsaan, walaupun dia semakin bagus tahun demi tahun.

“Tapi kan, sebelum dia bersara, dia memang dah bagi yang terbaik untuk negaranya. Itu pun orang tak puas hati lagi. Aku tak faham la weh!” kata Ayala mengakhiri temuramah.

Baca Juga

Baca Juga