Taktik Keji Penyokong Liverpool Gagal Teruk

Taktik keji lagi kotor penyokong Liverpool yang cuba mengsabotaj pasukan Real Madrid bagi menurunkan prestasi lawan mereka menemui kegagalan yang teruk walaupun pada awalnya seperti berjaya.

Gergasi Sepanyol itu tiba di Merseyside pada hari Isnin dan memilih untuk menginap di kediaman di Innside Liverpool Hotel tetapi tidur mereka terganggu pada waktu awal pagi.

Sebuah video yang disiarkan dalam talian menunjukkan bunga api meletus berdekatan dengan penginapan dalam percubaan nakal, jahat, keji dan kotor peminat Liverpool untuk menyedarkan pemain Real pada malam menjelang perlawanan besar itu.

Real Madrid pimpinan Carlo Ancelotti mungkin bangun dengan kepala yang letih pada pagi Selasa, selepas peminat Liverpool membakar bunga api di luar hotel mereka di Merseyside pada pukul 2 pagi.

Bunga api itu kelihatan dinyalakan betul-betul di luar pintu masuk bangunan hotel penginapan pasukan Real Madrid dan bunyi letupan dari bunga api itu bertahan lebih 30 saat.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi peminat untuk melakukan helah ini, terutamanya sebelum perlawanan penting dan peminat Liverpool melakukan perkara yang sama pada 2019 sebelum kemenangan luar biasa 4-0 mereka menentang Barcelona pada 2019 di Anfield.

Pada 2019, Polis Merseyside telah mengesahkan bahawa satu laporan telah diterima berhubung pembakaran mercun diluar hotel penginapan pasukan Barcelona menjelang pertemuan separuh akhir kedua antara Liverpool dan Barcelona di saingan Champions League.

Laporan itu diterima sekitar jam 4 pagi pada selasa sebelum perlawanan kedua. Pada perlawanan pertama Liverpool tewas 3-0 dan bangkit menang dengan agregat 4-3.

Melihat kejayaan taktik keji mereka ke atas Barcelona pada 2019, penyokong Liverpool kali ini mensasarkan Real Madrid dalam percubaan terdesak mereka untuk mendapatkan kemenangan walaupun dengan cara kotor.

Segalanya seperti berjalan lancar dan tindakan peminat itu seperti membuahkan hasil selepas 15 minit permainan apabila Liverpool berjaya dihadapan dengan kedudukan 2-0.

Gol flick jahat Darwin Nunez dan gol kelakar dari Mohamed Salah selepas Thibaut Courtois panik sehingga kehilangan akal memburukkan lagi keadaan.

Namun senyuman akhir menjadi milik Real Madrid yang mencipta kebangkitan sensasi, ken dua gol, Los Blancos membalas kembali dengan 5 gol yang penuh bergaya membuatkan Liverpool kembali menunduk malu.

Dua gol dari Vinicus Jr dan Karim Benzema serta satu dari Eder Militao membolehkan Real Madrid hadir ke perlawanan kedua pusingan 16 akhir dengan bekalan agak selesa di tempat sendiri.

Baca Juga

Baca Juga