Takumi Minamino Dan Divock Origi Pamer Aksi Persembahan Luar Biasa Menakjubkan

Kembali pada musim panas lalu, tak ramai yang menjangkakan Takumi Minamino dan Divock Origi akan terus beraksi untuk Liverpool pada musim ini.

Kedua-dua mereka dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Minamino menghabiskan suku kedua musim lalu dengan beraksi bersama Southampton sebagai pemain pinjaman, sementara Origi pula tidak diturunkan untuk beraksi sejak Januari lagi.

Origi walau beliau diketepikan sebelum ini, namun setidak-tidaknya beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika bertemu AC Milan dalam saingan Champions League minggu lalu.

Minamino sepertinya sukar untuk mendapat peluang dengan beliau dilihat lebih kerap memanaskan bangku simpanan dari diturunkan untuk beraksi.

Pemain kebangsaan Jepun itu telah memberikan impak yang sangat positif ketika aksi pra musim sebelum ini, dan beliau akhirnya diberikan minit permainan ketika aksi pusingan ketiga saingan Carabao Cup musim ini.

Beliau disenaraikan dalam senarai kesebelasan utama skuad dan bermain di sebelah kiri, bergandingan bersama Divock Origi dan Kaide Gordon.

Minamino hanya memerlukan empat minit sahaja untuk membuktikan pujian dari pembantu pengurus, Pep Lijnders tentang beliau benar.

Hasil sepakan penjuru dari Kostas Tsimikas, dan ditanduk oleh Origi, Minamino berjaya melakukan pusingan dan melepaskan rembatan untuk menewaskan Angus Gunn.

Minamino senantiasa dilihat menjadi ancaman untuk pasukan lawan dengan beliau berjaya melancarkan beberapa siri serangan dari sudut sebelah kiri.

Pada aksi babak pertama, beliau membina gandingan yang cukup mantap bersama Divock Origi dan disokong oleh Naby Keita dari belakang mereka.

Walau bagaimanapun, Minamino mungkin boleh memperbaiki kemampuan beliau ketika membantu barisan pertahanan dan lebih kerap untuk melindungi Tsimikas.

10 minit sebelum perlawanan tamat, beliau sekali lagi berjaya meledak gol untuk Liverpool selepas menerima umpanan cantik dari Alex Oxlade-Chamberlain.

Gol kedua peribadinya mengesahkan kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Norwich City dalam aksi pusingan ketiga saingan Carabao Cup musim ini.

Aksi hebat yang Minamino pamerkan dalam perlawanan ini menyebabkan beliau bakal berpeluang untuk lebih kerap diturunkan selepas ini.

Lihat saja bagaimana kebangkitan Origi dari pemain yang diketepikan, kini beliau sudah kerap diberikan minit permainan, dan ia jelas membuktikan yang Klopp sebenarnya sentiasa bersedia untuk beri peluang kepada semua bakat hebat yang beliau miliki.

Divock Origi turut berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini dengan beliau berjaya menyempurnakan hantaran dari Tsimikas untuk gol pertamanya dalam pertandingan ini, sejak hampir setahun lalu.

Jika sebelum ini ramai yang bimbang tentang siapa paling layak menggantikan Salah dan Mane andai kedua-dua pemain ini berkhidmat untuk negara mereka pada Januari nanti.

Kini jawapan untuk persoalan itu sudah dijawab, dengan Origi dan Minamino tentunya bakal dipertanggungjawabkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh dua bintang Afrika itu.

Peminat turut teruja dengan persembahan kedua-dua Minamino dan Origi dalam perlawanan ini, dan merasakan mereka selayaknya diberi kesempatan untuk lebih kerap dimainkan.

Sumber: LiverpoolEcho

BACA:  Premier League 2022/23: Liverpool 3-3 Brighton