Taman Tema Lionel Messi Bakal Dibuka Di China Pada Tahun 2019

Disebabkan mempunyai harta yang tidak mungkin habis untuk tujuh keturunan, penyerang antarabangsa Argentina dan Barcelona iaitu Lionel Messi mengambil langkah bijak untuk membuat pelaburan dalam industri pelancongan.

Messi telah melancarkan sebuah taman tema yang diberi nama “Messi Experience Park” yang akan dibina di Nanjing, China dan dijangka akan mula dibuka pada tahun 2019.

Nanjing terletak di bahagian timur Tanah Besar China. Gambar: Historyplace.Com

Projek mega  ini merupakan kerjasama antara beberapa syarikat iaitu sebuah firma dari Sepanyol MediaPro, syarikat penyiaran dari China Kumpulan Phoenix dan juga Leo Messi Management.

Taman tema yang bakal dilengkapi dengan teknologi yang serba canggih ini bakal  membawa satu pengalaman yang mengujakan kepada pengunjung untuk menceburi dunia bola sepak Messi. Pengunjung bakal dihiburkan dengan 20 jenis tarikan disamping aktiviti seperti latihan bola sepak bersama Messi melalui teknologi VR.

Gambar: Skysports

“Saya harap mereka akan memperoleh satu pengalaman yang tak pernah dilalui sebelum ini dan juga memberi inspirasi untuk mereka menceburi bidang bola sepak”.

“Semoga lebih ramai Messi bakal dilahirkan di dunia ini. Contohnya seperti Messi Kedah, Farhan Roslan dan Messi Terengganu, Faiz Nasir”, kata Messi lagi,

Nota Penulis

Menarik bukan? Jadi marilah kita sama-sama menabung bermula hari ini untuk mengumpul dana ke “Messi Experience Park” satu hari nanti.

Diolah dari: Skysports

Baca Juga

Baca Juga