Tammy Abraham Dedah Alasan Utama Mengapa Beliau Memilih Menyertai Roma

Tammy Abraham tampil menjelaskan tentang mengapa beliau memilih untuk meninggalkan Chelsea dan mahu ke saingan Serie A bersama AS Roma.

Ketika awal beliau memutuskan untuk meninggalkan Chelsea, Tammy Abraham pernah mendedahkan yang beliau masih mahu kekal beraksi dalam saingan Premier League sebelum akhirnya memilih ke Serie A.

Abraham merupakan antara pemain terpenting Chelsea ketika di bawah kendalian Frank Lampard namun di bawah kendalian Thomas Tuchel beliau tidak lagi mendapat tempat dalam skuad utama.

Aksi terakhir beliau di bawah kendalian Thomas Tuchel adalah pada Februari 2021 dan beliau turut diketepikan dari skuad perlawanan akhir saingan FA Cup dan Champions League pada musim lalu.

Beliau melengkapkan perpindahan menyertai AS Roma pada musim panas lalu yang mana Abraham melalui musim debut yang cukup sempurna bersama gergasi Serie A itu.

Beliau berjaya menjaringkan 24 gol dan tidak ada mana-mana pemain dalam sejarah kelab yang berjaya menjaringkan gol sebanyak itu ketika musim debutnya.

Bercakap kepada Alan Shearer di Athletic, bekas bintang Chelsea itu mengesahkan yang beliau sebenarnya ada pilihan lain dan mahu kekal di England untuk buktikan sesuatu kepada The Blues.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan yang Jose Mourinho merupakan individu bertanggungjawab yang telah mengubah keputusannya.

“Saya mahu kekal dalam saingan Premier League.”

Jelas pemain berusia 24 tahun itu kepada penjaring terbanyak sepanjang zaman Premier League, Alan Shearer.

“Saya rasa yang saya ada sebab untuk buktikan sesuatu sekali lagi.”

“Saya mahu lakukan yang lebih baik, untuk pergi jauh dari England dan buktikan Chelsea salah kerana tak bagi saya bermain dan sebagai pemain muda yang mencuba nasib di negara berbeza bukanlah satu hal yang mudah, terutama sekali bermain dalam liga yang saya langsung tak biasa.”

“Saya ada beberapa peluang, selain Arsenal ada juga beberapa kelab lain yang mahukan saya.”

“Tapi ia tak pernah ada hitam dan putih dan saya hanya bercakap dengan Mourinho dan Roma dan sporting director, mereka ada cita-cita dan saya ada sasaran.”

“Mereka mahu kelab capai sasaran tertentu, mereka tak menang Piala untuk tempoh yang lama dan mereka juga tak melakukan yang terbaik dalam liga seperti apa yang mereka mahu lakukan.”

“Ia tentang cara bagaimana melihat sesuatu vision itu dan… Bagaimana boleh saya boleh bantu. Ia sama seperti apa yang Newcastle United sedang lakukan. Bina semula. Saya boleh lihat di mana Mourinho mahu saya berada dan dia percaya pada saya. Ini adalah tempat terbaik untuk saya. Syukur saya berjaya.”

Jelas sekali ia satu keputusan yang tepat dari bekas pemain yang dipinjamkan ke Bristol City itu dengan beliau berjaya melalui musim debut yang sempurna walau beraksi di luar negara.

Persembahan mantap yang beliau persembahkan membantu beliau untuk kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan England dan beliau turut berkesempatan untuk beraksi di pentas Piala Dunia tahun ini.

Ketika berbicara tentang perancangan segera, Tammy Abraham berkemungkinan akan berjaya memiliki setidak-tidaknya satu Piala pada musim ini bersama Roma dan jelas sekali andai beliau ke Emirates hal itu tidak akan berlaku.

Skuad kendalian Jose Mourinho itu berpotensi untuk memenangi gelaran Europa Conference League dengan mereka perlu berdepan Leicester City di peringkat separuh akhir.

Jadi keputusan beliau untuk tak ke Arsenal walau beliau sangat berminat mahu kekal dalam saingan Premier League adalah satu keputusan yang tepat.

Chelsea sementara itu telah menggantikan Tammy Abraham dengan Romelu Lukaku pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun jelas sekali bintang Belgium itu gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Bekas bintang AC Milan itu bahkan sudah mula merengek mahu meninggalkan kelab dan ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkemungkinan akan kembali ke kelab lamanya dalam saingan Serie A dalam masa terdekat ini.

Walaupun beliau sudah tidak beraksi dalam saingan Premier League, namun Tammy Abraham sepertinya sudah berjaya buktikan kepada Chelsea yang beliau mempunyai kualiti tersendiri.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Terharu Melihat Abraham Bersemangat Menyanyikan Lagu Roma