Tammy Abraham Menerima ‘Standing Ovation’ Dari Penyokong Roma Selepas Pamer Aksi Luar Biasa Menakjubkan

Tammy Abraham menikmati permulaan karier yang sungguh menakjubkan bersama AS Roma selepas beliau menerima Standing Ovation dari para peminat ketika aksi debutnya.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Roma dari Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £34 juta minggu lalu.

Beliau telah dinamakan dalam kesebelasan utama Jose Mourinho untuk aksi perlawanan pembukaan saingan Serie A musim baharu ini, bertemu Fiorentina.

Abraham dengan segera meninggalkan impak yang sangat positif dalam perlawanan debutnya, selepas beliau mencatatkan dua assists ketika membantu The Giallorossi menewaskan Fiorentina 3-1.

Pemain kebangsaan England itu mencatatkan assists untuk gol jaringan Henrikh Mkhitaryan pada awal aksi babak pertama permainan.

Beliau kemudiannya mencatatkan assists untuk gol pertama yang dijaringkan oleh Jordan Veretout’s pada aksi babak kedua permainan.

Adakah Chelsea telah melakukan kesilapan dengan melepaskan pemain No.9 mereka itu meninggalkan Stamford Bridge?

Abraham menerima Standing Ovation dari penyokong AS Roma

Abraham mengalami sedikit kecederaan menjelang 20 minit sebelum tamat perlawanan, beliau kemudiannya telah dikeluarkan dan digantikan dengan Eldor Shomurodov.

Ketika pemain penyerang itu mahu keluar meninggalkan padang, beliau telah diberikan standing ovation dari para penyokong Roma, yang teruja dengan aksi dan persembahannya.

Satu-satunya hal yang kurang dari persembahan super mantap Abraham dalam perlawanan ini adalah beliau gagal untuk menjaringkan gol.

Beliau hampir saja berpeluang untuk menjaringkan gol ketika debutnya, namun sayang sekali bola tandukan beliau sekadar terkena palang gol.

Walau bagaimanapun, para penyokong Roma tetap berpuas hati dengan aksi dan persembahan mantap yang beliau tunjukkan sepanjang perlawanan tersebut.

Abraham berjaya menjaringkan 30 gol dari 82 penampilan untuk Chelsea, dengan beliau sudah menyertai gergasi London itu sejak berusia 7 tahun lagi.

Namun beliau memutuskan untuk meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini, selepas Chelsea menandatangani Romelu Lukaku dengan perjanjian memecah rekod bernilai £97.5 juta.

Lukaku sebelum ini pernah beraksi bersama Chelsea, namun karier pertamanya di Stamford Bridge berjalan dengan tidak seperti yang diharapkan.

Ketika debut keduanya malam semalam, beliau berjaya meledak gol dan membantu Chelsea menewaskan Arsenal 2-0 dalam saingan Premier League.

Sumber: GMS

BACA:  Tammy Abraham Boleh Dipaksa Kembali ke Chelsea Pada Harga 80 Juta Euro