Tan Cheng Hoe Harap Rayuan Diterima Kerana Tak Sangka Covid Boleh Menjangkiti Kem Malaysia

Kem Malaysia kini bergelut dengan serangan wabak yang melanda. Di mana ada 4 pemain disahkan positif wabak. Menjadikan hanya 19 pemain sahaja yang tersedia.

Wartawan T Aniveshwaran mengesahkan bahawa Malaysia menghantar rayuan untuk mendaftarkan pemain baharu menjelang aksi berdepan dengan Vietnam. Kerana Malaysia sebelum ini menghantar hanya 24 pemain sahaja daripada 30 yang dibenarkan.

Namun Tan Cheng Hoe berkata, jika AFF tidak melayan permintaan mereka, beliau tetap yakin dengan kualiti skuad yang ada untuk berhadapan dengan Vietnam esok.

Akhyar Rashid dan Quentin Cheng antara yang terbaru disahkan positif wabak selepas Faisal Halim dan Khairulazhan terlebih dahulu.

Pemain bek Dion Cools masih di Denmark, dan hanya akan menyertai Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, selepas liga Denmark berehat. Oleh sebab itu Malaysia kini cuma ada 19 pemain sahaja.

Tan Cheng Hoe berharap Malaysia akan diberikan lampu hijau oleh AFF. Dipetik dari The Star, Tan Cheng Hoe berkata: “Kita berharap akan mendapat lampu hijau. Apa sahaja keputusannya, kami akan hormatiny. Dan berharap pemain pemain yang dikuarantin akan menyertai kita tidak lama lagi.”

Pada masa yang sama pengendali Harimau Malaya itu yakin bahawa pasukannya cukup bagus untuk berdepan Vietnam walaupun bergantung kepada 19 pemain sahaja.

“Saya dah jelaskan keputusan [mendaftarkan cuma 24 pemain] sebelum ini. Tiada siapa pun menjangkakan ini akan berlaku, dan tak siapa mahu perkara ini berlaku,” kata beliau merujuk kepada pemain pemain yang dikuarantin kerana positif pandemik.

“Ianya sudah pun berlaku. Kita melakukan swab test setiap hari untuk memastikan kesemua orang selamat. Kita sejujurnya tak tahu macamana mereka boleh dijangkiti.”

“Harap keadaan terkawal dan tidak ada lagi penularan di masa akan datang.”

Malaysia cemerlang memulakan aksi dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan awal.

Pengendali Vietnam, Park Hang Seo tidak setuju kalau AFF memberikan kebenaran khas kepada Malaysia untuk memanggil pemain baharu.

Park Hang Seo: Malaysia sendiri yang cari penyakit

Oleh kerana pandemik yang melanda, kejohanan bola sepak pada hari ini banyak yang membenarkan pasukan mendaftarkan 30 pemain berbanding dengan 25 pemain seperti sebelum ini.

Malang sekali ketika itu Tan Cheng Hoe dan staf kejurulatihannya hanya menggunakan 24 pemain sahaja yang mereka daftarkan. Ada pemain diletakkan hanya dalam senarai menunggu atas pelbagai alasan termasuk risau kalau mereka keletihan.

Malaysia berdepan dengan kekurangan pemain selepas 4 daripada pemain mereka disahkan positif wabak. Membuatkan Malaysia kini tinggal 19 orang pemain sahaja di dalam pasukan mereka.

Bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan, Park Hang Seo berkata: “Saya rasa semua pasukan mengetahui peraturan pertandingan dan kita semua tertakluk untuk mengikuti peraturan tersebut.”

“Dalam peraturan membenarkan kita membawa 30 orang pemain, tetapi Malaysia satu satunya pasukan yang mendaftarkan hanya 24 pemain.”

Park Hang Seo kemudian menegaskan jika Malaysia dibenarkan mendaftarkan pemain baharu, maka pasukan lain juga harus dibenarkan berbuat sedemikian.

“Jadi, saya rasa tidak patut dan tidak masuk akal untuk membenarkan mereka membawa pemain baharu kerana kami juga tidak melakukan perkara sebegitu.”

“Di mana ada seorang pemain kami terpaksa dihantar pulang hanya selepas sehari dia berada di sini [di Singapura]. Ini kerana ada isu dengan kerajaan Singapura yang tidak membenarkan dia berada di sini.”

“Jadi, ianya perlu adil untuk semua pasukan  [untuk melarang pendaftaran pemain baharu].”

Semoga cepat sembuh kepada 4 pemain yang terkena jangkitan.

Sumber: The Star

Artikel asal: Axello.net

Baca Juga

Baca Juga