Tan Cheng Hoe Senarai 23 Pemain Malaysia Menentang Thailand Dan Indonesia

Senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah dikeluarkan selepas selesai latihan pusat dan perlawanan persahabatan.

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan pemain yang mampu menggalas tugas menentang dua pasukan jiran yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

1. Malaysia vs Thailand – 14 November 2019 (Khamis)

2. Malaysia vs Indonesia – 19 November 2019 (Selasa).

Tan Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain dari senarai awal 26 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat bermula 3 November lalu iaitu :

1. Farhan Roslan (Kedah)
2. Nazirul Naim Che Hashim (Perak)
3. Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak)

Pemain ini digugurkan Tan Cheng Hoe menerusi penilaian yang dibuat selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Tajikistan pada Sabtu lalu (9 November 2019) yang menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan ranking ke-116 dunia itu menerusi kemenangan 1-0 hasil jaringan Safawi Rasid pada minit.

Berikut merupakan senarai 23 pemain Malaysia menentang Thailand dan Indonesia.

3 digugur

Malaysia berada dalam Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama Vietnam, Indonesia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu(UAE).

Selepas 3 perlawanan Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan 2 kekalahan dengan mengumpul 3 mata berada ditangga ke-4 kumpulan G.

Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan aksi kebangkitan 3-2 sebelum tewas 2-1 kepada UAE dan kalah 1-0 kepada Vietnam. Sebanyak 4 gol dijaringkan dan 5 bolos.

Peluang masih ada.

Baca Juga

Baca Juga