Tan Cheng Hoe Terkejut Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Penolong Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe nyata terkejut dengan perlantikkan sebagai ketua Jurulatih pasukan kebangsaan yang baharu menggantikan Nelo ‘The Profesor’ Vingada yang meletakkan jawatan kerana prestasi hambar.

Perlantikan Tan Cheng Hoe ini diumumkan oleh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui laman buku rasmi badan induk bola sepak Malaysia itu.

Bekas jurulatih Kedah itu nyata terkejut dengan perlantikan ini tetapi dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana kepercayaan Persatuan Bolasepak Malaysia yang diberikan kepada beliau.

“Sudah pasti tugas mengendalikan pasukan kebangsaan satu tanggungjawab besar, jadi saya memerlukan masa menentukan semula perancangan pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang.

“Saya akan membuat penilaian semua ke atas semua pemain apabila mereka dipanggil untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Mac depan,” katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Cabaran dan tanggungjawab besar perlu digalas Cheng Hoe bagi memastikan skuad Harimau Malaya kembali bangkit.

Atas rasa tanggungjawab dan sebagai lelaki budiman, Nelo Vingada telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

The Profesor turut memaklumkan bahawa dua pembantu yang dibawa bersama turut sama melepaskan jawatan masing-masing.

1. Joao Arnaldo Correia De Carvalho – Penolong jurulatih
2. Francisco Jose Bruto Da Costa – Jurulatih kecergasan

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta.”

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.”

Di bawah kendalian Vingada Harimau Malaya gagal mencatat sebarang kemenangan dan tersingkir dari saingan Piala Asia 2019.

Selepas agak cemerlang membawa pasukan Harimau Malaya, Vingada bola sepak Malaysia kembali bersinar seperti kepalanya dan Vingada berbangga dapat menyertai bola sepak Malaysia walaupun untuk tempoh yang singkat.

Formasi 4-6-0 genius yang digunakan oleh The Profesor pasti akan menjadi kenangan dan terpahat sebagai satu nostalgia dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga