Tan Sri Annuar Musa Mahu Misteri “Tangan Ghaib” Di Dedahkan

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memandang serius isu “tangan ghaib” yang mengganggu tugas ketua jurulatih pasukan Kelantan, Azraai Khor Abdullah sehingga menyebabkan pengendali itu tekad meninggalkan Kelantan.

“Saya mengesahkan saya menerima SMS daripada jurulatih Azraai hari Ahad bahawa beliau meletakkan jawatan. Jawapan saya ialah saya akan rujuk kepada KAFA.

“Kemudian saya terbaca komen bahawa ada tangan ghaib mengganggui tugas jurulatih. Ini serius kerana saya sendiri tak pernah mencampuri urusan jurulatih. Jadi saya nak tahu siapa dan dari mana tangan ghaib itu. Elok di dedahkan. Soal kejurulatihan seterusnya saya akan rujuk kepada majlis sama ada KAFA akan mengambil jurulatih baru.

“Saya akan temui pasukan minggu depan. Insyaallah,” kata Annuar Musa dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Tan Sri Annuar Musa

Sebelum ini, Azraai Khor Abdullah berkata dia melepaskan jawatan ketua jurulatih Kelantan kerana berasa tiada lagi kebebasan untuk mengendalikan skuad The Red Warriors.

Baca : Azraai Khor Letak Jawatan Selaku Jurulatih Kelantan

“Saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Kelantan, pasukan ini kini diserahkan kepada pengurusan supaya mampu melakukan sesuatu untuk baki 10 perlawanan musim ini,” jelas Azraai.

Mohd Azraai Khor dilantik sebagai jurulatih Kelantan menggantikan George Boateng pada 24 Mac lepas.

Untuk rekod, di bawah kendalian Mohd Azraai Khor, Kelantan hanya mencatat tiga kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan daripada 12 perlawanan dalam Liga Super dan Piala FA tahun ini.

Beliau turut membawa Kelantan ke pentas final Piala FA tahun ini sebelum tewas 3-1 di tangan Lions XII dari Singapura.

Menurut Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor, pihak pengurusan akan membuat keputusan dalam masa terdekat siapa yang akan menjadi jurlatih baharu Kelantan.

Baca Juga

Baca Juga