Dua gol padu Safawi Rasid telah memberi kemenangan kepada Malaysia buat kali kedua berturut-turut ke atas pasukan paling hebat, power, agung dan seumpamanya di Bima Sakti, Timnas Indonesia yang tak terkalahkan. Tapi kalah jugak.
Indonesia memperoleh peluang terbaik apabila mendapat peluang satu lawan satu selepas berjaya memecah belahkan pertahanan Malaysia, namun Khairulazhan Khalid lebih bersedia dalam situasi itu.
Khairulazhan Khalid berjaya menghadang percubaan tersebut dengan regangan kaki seperti seorang gimnastik dan akibat tindakannya itu Khairulazhan Khalid mengalami kecederaan.
Farizal Marlias dimasukkan menggantikan Khairulazhan Khalid.
Agak sukar untuk menentukan penjaga gol no 1 negara ketika ini kerana Khairul Azhan dan Farizal Marlias sangat cemerlang ketika ini. Aksi penyelamat 1 vs 1 Khairul Azhan dan Farizal Marlias ketika menentang Indonesia adalah Aksi "World Class".#bolasukankita pic.twitter.com/T4YpFCwFdU
— Bolasukankita (@HarimaumalayF) November 20, 2019
Indonesia melancarkan serangan balas dan berjaya lepas pertahanan Malaysia walaupun jelas offside pemain Indonesia ketika bola dihantar namun tiada bendera diangkat daripada penjaga garisan.
Farizal Marlias terpaksa keluar dari garisan gol bagi menghalang Febri Haryadi menjaringkan gol dan tindakan Farizal Marlias membuahkan hasil, Febri Haryadi berjaya dihalang.
Namun dalam kekalutan itu Farizal Marlias melakukan kekasaran ke atas Febri Haryadi di mana ada sentuhan ke atas kaki pemain Indonesia itu lalu penalti diberikan.
Osas Saha mengambil tanggungjawab itu bagi meneruskan perjuangan Indonesia dan jika gol terhasil maka mungkin akan terjadi aksi kebangkitan.
Tapi sayang sepakan yang dilakukan oleh Osas Saha itu terlalu lemah dan mudah bagi Farizal Marlias menangkap dengan satu senyuman yang sangat manis.
Tangkapan dengan kemas bukan tepisan ye sedara sekalian. Mudah bukan?
Rakaman dari bangku penonton menunjukkan aksi menyelamat Farizal Marlias daripada pelbagai sudut.
Sudut cembung
sudut cakah
Sudut sukar
Sudut Bacaan
Kenapa Nama Khairul Fahmi Menjadi Sebutan?
Selepas Farizal Marlias melakukan aksi menyelamat itu, nama bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menjadi sebutan di media sosial.
Ini semua gara-gara jersi nombor satu yang dipakai Farizal Marlias masih jelas tertera nama K.Fahmi walaupun sudah dipadamkan.
Maka mereka mula mengaitkan aksi padu Farizal Marlias itu dibantu oleh aura, roh, semangat Apek yang merupakan seorang penjaga yang kental.
Khairul Fahmi Che Mat (Apek) aura is behind Farizal Marlias penalty save.#WCQ #AsianQualifiers #MASINA #HarimauMalaya pic.twitter.com/JskEVwqrV2
— Hykal Mahmood ?? (@HykalMahmood) November 20, 2019
Aksi yang dipamerkan oleh Farizal itu juga hampir sama yang dilakukan Apek juga ketika menentang Indonesia pada tahun 2010 yang menangkap kemas sepakan pemain Indonesia.
Bezanya Farizal tangkap ke kanan dan Apek tangkap ke kiri, yang samanya pemain Indonesia ni memang tak reti sepak penalti ke?
Kau tengok la balik aksi Apek/