Tanpa De Gea, Manchester United Sudah Tentu Berada Di Zon Penyingkiran

Jika bukan kerana David De Gea, Manchester United pada ketika ini mungkin akan bergelut di zon penyingkiran dan mungkin juga tidak akan ada lagi dalam saingan Champions League.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Beliau merupakan pemain terbaik dan yang paling berprestasi dalam skuad Manchester United yang sedang dalam prestasi terburuk mereka pada ketika ini.

Boleh dikatakan De Gea akan perlu untuk bekerja keras dalam setiap perlawanan, demi untuk memastikan gawang gol beliau tidak dibolosi.

Walau beliau hanya mampu mencatatkan empat clean sheet sahaja dari 17 perlawanan sepanjang musim ini, namun De Gea tetap senantiasa mempamerkan aksi persembahan terbaiknya.

Para peminat juga sentiasa berpuas hati melihat persembahan yang beliau persembahkan sepanjang musim ini.

Daripada 17 perlawanan, David De Gea berjaya melakukan lebih dari 60 saves dan tidak keterlaluan untuk menganggap 80% dari saves yang beliau lakukan merupakan aksi penyelamatan berkelas dunia.

Lebih mudah untuk difahami, bola yang beliau selamatkan itu adalah bola yang 90% berpotensi untuk menerjah jaring gawal gol beliau.

Namun dengan kecekapan dan kehandalan beliau, De Gea mampu untuk menyelamatkan semua percubaan bahaya ke arah gawang golnya.

Terbang kiri, kanan, atas, bawah, selamatkan bola menggunakan kaki, dan bermacam lagi aksi hebat yang telah beliau tunjukkan dalam melindungi gawang golnya.

Kedunguan pemain pertahanan menyusahkan lagi keje De Gea

Manchester United tidak dinafikan lagi merupakan antara pasukan yang memiliki pemain pertahanan paling mahal dalam dunia bola sepak.

Namun aksi yang dipersembahkan oleh pemain-pemain pertahanan mereka langsung tidak mencerminkan harga yang pihak kelab bayar untuk mendapatkan mereka.

Dari Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Luke Shaw, Diogo Dalot, Victor Lindelof, Eric Bailly hingga ke Raphael Varane, semuanya kerap mempamerkan aksi dungu yang boleh menyusahkan De Gea.

Mereka terlalu mudah untuk dilepasi dan kerana itu De Gea sering diuji dan ditambah pula barisan tengah yang tidak membantu, ia jelas sekadar menambah beban di bahu penjaga gol utama mereka.

Tidak ada satu perlawanan pun dalam saingan musim ini yang boleh memperlihatkan pemain pertahanan United tak buat silap.

Setiap perlawanan sudah tentu akan ada kesilapan dari pemain pertahanan terutama dari ketua pasukan mereka yang dianggap manusia paling tak berguna dalam skuad.

Manchester United sangat beruntung kerana memiliki penjaga gol seperti David De Gea yang melindungi gawang gol mereka.

Seandainya De Gea mempamerkan prestasi yang sama seperti prestasi beliau pada dua ke tiga musim sebelum ini, sudah tentu situasi semakin buruk untuk United.

Mujur saja beliau berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan beruntung untuk United kerana penjaga gol mereka on form ketika mereka memiliki 10 pemain padang yang sangat teruk.

Kalau bukan kerana De Gea, United kini berada di zon penyingkiran

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang United berada di kelompok tujuh teratas dalam saingan Premier League pada ketika ini hanya kerana David De Gea.

Penjaga gol utama mereka itu terlalu banyak melakukan aksi penyelamatan penting yang membantu United dari berdepan kekalahan dan ada ketika mengelak dari seri.

Satu hal yang pasti, walau United merupakan pasukan paling kerap dibelasah pada musim ini, namun tidak dinafikan juga yang mereka bernasib baik kerana De Gea berada di gawang gol mereka.

Seandainya bukan kerana De Gea, mereka mungkin akan dibantai lebih teruk lagi dari keputusan asal perlawanan tersebut.

Lihat saja aksi bertemu Leicester, dengan United tewas 4-2 dalam perlawanan tersebut, namun De Gea berjaya melakukan tujuh saves sepanjang perlawanan.

Bayangkan kalau kalau De Gea tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada dalam perlawanan itu, berapa agaknya United akan kena bantai?

Manchester United sempat berfikir untuk mencari penjaga gol baru pada musim panas lalu kerana merasakan De Gea sudah tidak mampu untuk menggalas tugasnya dengan baik.

Mujur saja mereka tidak melepaskan De Gea dan tidak mencari pengganti beliau, kerana jika itu berlaku, jelas sekali United tidak akan berada di mana mereka berada pada ketika ini.

BACA:ย  Video: Ronaldo Dilihat Mengajar De Gea Cara Menang Duel Dan Menghantar Bola Ke Atas