Tanpa Onana, Manchester United Buktikan Mereka Masih Mampu Kalah Memalukan Di Tangan Burnley

Ketika perhatian dunia teralih kepada Piala AFCON dan Piala Asia, Manchester United dalam diam diam mengadakan perlawanan persahabatan tertutup dengan Burnley.

Niat United mahu membalas dendam di atas kekalahan lalu dalam aksi persahabatan tertutup menentang pasukan yang sama, di tempat yang sama, tidak berbalas.

Perlawanan itu adalah salah satu aksi pemanas badan untuk United sebelum aksi Piala FA menentang pasukan Newport County. Burnley merupakan pasukan yang bergelut dalam EPL musim ini.

Burnley kini berada di tangga ke-19 dalam carta Liga Perdana Inggeris. Mereka dibimbing oleh bekas kapten legenda Man City, Vincent Kompany.

Walaubagaimanapun, tanpa Onana, Man United masih berjaya mencapai keputusan memalukan apabila tewas dalam aksi tertutup itu.

Namun tujuan utama Ten Hag terlibat dalam aksi ini adalah kerana mahu mengekalkan tahap kecergasan pemain mereka.

Lebih lebih lagi untuk beberapa pemain Setan Merah yang baru kembali cergas.

Beberapa bintang United terlibat dalam perlawanan tertutup ini termasuk Luke Shaw, Harry Maguire, Casemiro, Lisandro Martinez dan Amad Diallo.

Luke Shaw, Harry Maguire, Casemiro, Lisandro Martinez dan Amad Diallo diketahui baru sahaja pulih daripada kecederaan masing-masing.

Beberapa pemain senior lain dilaporkan diberikan pengecualian untuk terlibat aksi ini. United ada masa senggang yang banyak ketika ini memandangkan semua pasukan dalam cuti musim sejuk.

Mereka berehat hampir 2 minggu dengan ramai pemain yang bercuti bersama keluarga masing-masing. Apa yang paling penting mereka menurunkan Bayindir. Kerana dia akan menjadi penjaga gol utama United sepanjang ketiadaan Inana.

Dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Carrington, Red Devils terpaksa menelan kekalahan di tangan Burnley.

Pasukan bimbingan Vincent Kompany berjaya menjaringkan tiga gol yang hanya mampu dibalas dengan sepakan penalti Antony.

Hasilnya, Burnley mencipta kemenangan 3-1 ke atas Man United.

Keputusan perlawanan persahabatan tertutup ini dianggap memalukan untuk pasukan seperti Man United. Ramai peminat mereka bengang.

Hal ini kerana pada aksi pra musim yang lalu Man United turut dibantai Burnley 3-0 dalam aksi tertutup.

Jadi kali ini mereka lebih baik kerana ada 1 gol terhasil. Dan secara agregat United sudah kalah 1-6 di tangan Burnley dalam 2 aksi persahabatan tertutup.

Kekalahan kepada Burnley dalam perlawanan persahabatan secara tertutup sememangnya keputusan yang mengecewakan.

Namun, perkara positif yang boleh dipelajari ialah beberapa pemain tonggak pasukan Erik ten Hag sudah kembali dan bersedia untuk bermain.

Perlawanan ujian ini juga merupakan persiapan kepada Red Devils untuk perlawanan terdekat pada pusingan keempat Piala FA.

Walaupun ramai mengecam, namun ramai peminat gembira kerana United mengadakan perlawanan ini dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan pemain mereka.

Seterusnya satu lagi perkara positif Antony sudah menemui jaring sekali lagi. Ianya satu perkembangan yang sangat mengagumkan. Setelah pemain itu gagal menemui gol untuk tempoh yang lama.

BACA:  Europa League 2022/23: Manchester United 0-1 Real Sociedad