Tarian Keraian El Metador Real Madrid Yang Menjadi Tradisi Diteruskan Nacho Selepas Raul Dan Sergio Ramos

Real Madrid sah merangkul kejuaraan La Liga ke-35 di dalam sejarah kelab itu selepas merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Espanyol semalam.

Ia adalah kejuaraan liga kedua dalam tempoh tiga tahun untuk skuad Carlo Ancelotti, dan kali ini ia begitu mudah buat Los Blancos.

Dengan kelebihan 18 mata mengatasi Barcelona – seteru utama La Liga – Real Madrid turut melakukannya tatkala saingan musim ini masih berbaki lima perlawanan.

Rodrygo menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan sebelum Marco Asensio dan Karim Benzema menambah satu gol masing-masing pada babak kedua perlawanan untuk kemenangan mudah ke atas Espanyol di Estadio Santiago Bernabeu.

Real Madrid kini memiliki 35 kejuaraan liga – sembilan kejuaraan lebih banyak daripada Barca.

Ini juga bermakna Ancelotti menjadi pengendali pertama yang pernah menjurai saingan Premier League, Bundesliga, Serie A, Ligue 1 dan La Liga spanjang karier sebagau seorang pengurus.

DIraikan dengan penyokong

Sudah menjadi tradisi bagi mana-mana kelab terutamanya seperti Real Madrid akan meraikan kejuaraan liga secara besar-besaran bersama penyokong mereka walaupun telah memenanginya berulang kali.

“Meraikannya dengan penyokong adalah perkara terhebat, parti itu milik mereka,” kata Marcelo yang merupakan pemain Real Madrid yang memiliki paling banyak kejuaraan.

“Ini adalah kegembiraan terbesar bagi seseorang pemain, meraikannya dengan penyokong selepas perlawanan di tempat sendiri. Ia begitu menggembirakan,” tambah Marcelo.

Real Mardrid mendominasi saingan La Liga pada musim ini dengan 25 kemenangan dan tewas hanya tiga kali.

Tarian El Torero

Turut diteruskan di dalam keraian Real Madrid setiap kali bergelar juara dan dianggap unik pada hari ini adalah tarian El Torero.

Ia adalah sebuah tarian di mana penarinya dengan lagak seorang matador yang bersedia bertarung dengan seekor kerbau atau seladang jantan yang garang.

Tradisi tersebut dimulakan oleh pemain penyerang era Galaticos, Raul Gonzalez, dan diteruskan oleh Sergio Ramos selepas itu.

Setelah Ramos berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas lalu, tradisi tersebut terus dihidupkan oleh pemain pertahanan Los Blancos, Nacho.

Tarian El Torero/El matador tersebut bukanlah perkara yang diwajibkan, tetapi telah dijadikan tradisi di kalangan pemain Real Madrid sendiri.

Berdasarkan sambutan penyokong, ia jelas tarian yang akan sentiasa dinanti-nantikan setiap kali Real Madrid meraih kejuaraan pada musim-musim mendatang.

Baca Juga

Baca Juga