Tarikh-tarikh penting membawa kepada kejatuhan Mourinho

Jose Mourinho telah dipecat buat kali kedua oleh pemilik Chlesea, Roman Abramovich selepas tewas kali ke 9 pada musim yang buruk ini.

Dalam sidang media selepas tewas kepada Leicester City, Jose mendakwa pemain telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan memandangkan mereka menduduki tangga ke 16 dan hanya menang 4 kali setakat ini.

Berikut adalah garis masa detik-detik kejatuhan Mourinho dari bulan Jun sehingga dipecat semalam.

PetrCech3_3319842

30 Jun – Chelsea mengesahkan penjualan penjaga gol, Petr Cech kepada seteru London mereka, Arsenal pada harga hanya 10 juta GBP.

23 Julai – Pasukan juara bertahan memulakan latihan pra musim mereka kurang tiga minggu sebelum bermulanya musim baru.

1 Ogos – Tewas kepada Arsenal 1-0 dalam perlawanan perisai masyarakat, dan ini merupakan kemenangan pertama Arsene Wenger dalam 13 percubaan menentang Mourinho.eva

8 Ogos – Mourinho mengkritik doktor pasukan, Eva Carneiro dan fisioterapi Jon Fearn kerana bersikap naif dek tindakan mereka berdua berlari ke dalam padang untuk merawat Eden Hazard dalam perlawanan pembukaan liga menentang Swansea. Eva kemudiannya meninggalkan Chelsea.

16 OgosChelsea tewas 3-0 kepada Manchester City

29 Ogos – Perlawanan Liga Perdana ke 100 Mourinho disambut dengan kekalahan kedua di tangan Crystal Palace, 2-1.

12 September – The  Blues  tewas 3-1 di tangan Everton.

Football - Chelsea v Arsenal - Barclays Premier League - Stamford Bridge - 19/9/15 Arsenal's Gabriel Paulista walks past Chelsea's Diego Costa after clashing Reuters / Dylan Martinez Livepic EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.  Please contact your account representative for further details. - RTS1V06

19 September- Diego Costa digantung perlawanan kerana tindakannya melakukan provokasi dan kekasaran terhadap Laurent Koscielny dan Gabriel ketika Chelsea menang 2-0, namun pemain ini mendapat sokongan Mourinho.

3 Oktober – Setelah tewas kali ke 4 di dalam liga, 3-1 kepada Southampton, Mourinho mempersoalkan sama ada dia akan dipecat, tetapi mendapat undi kepercayaan buat kali pertama dari pemilik, Roman Abramovich sepanjang 12 tahun dia menjadi pemilik Chelsea. Dia juga didenda 50,000 GBP dan dihalang dari memasuki stadium untuk satu perlawanan kerana menyelar pengadil dalam perlawanan itu.

15 Oktober – Mourinho meneruskan serangan mulut ke atas FA, menggelar mereka memalukan kerana hukuman yang dikenakan.

17 Oktober – Mourinho memaki Eden Hazard , selepas tidak memasukkan pemain itu ketika menang 2-0 ke atas Aston Villa, dan mahu Hazard meningkatkan lagi pertahanan.

24 Oktober – Chelsea tewas lagi, 2-1 di tangan West Ham, hilang Matic yang mendapat kad merah. Pembantu jurulatih, Silvino Louro diarahkan ke tempat duduk penonton dan Mourinho juga dibuang padang.

27 Oktober – Hazard menyaksikan penaltinya diselamatkan dan juara bertahan itu tewas kepada Stoke dalam Capital One Cup setelah terikat seri 1-1.

29 Oktober – Peguam Eva menghantar notis untuk meminta ganti rugi di atas pemecatannya.

31 Oktober – Chelsea tewas 3-1 kepada Liverpool di tempat sendiri, kekalahan ke 9 sepanjang musim dan Mourinho hanya berkata “saya tidak apa untuk dicakapkan” dalam temubual selepas perlawanan. Tetapi apabila ditanya adakah itu perlawanan terakhirnya bersama The Blues, dia sekadar menjawab “tidak”.

7 November – Chelsea tewas kali ke 7 dalam liga, 1-0 kepada Stoke ketika Mourinho menjalani hukuman halangan ke stadium.

Diego-Costa-throws-his-bib-towards-Jose-Mourinho

29 November – Costa digugurkan ke bangku simpanan dan dilihat membaling bib kepada Mourinho dalam perlawanan yang mereka seri tanpa jaringan dengan Spurs.

5 Disember – Tekanan semakin memuncak kepada Mourinho apabila tewas kepada pendatang baru EPL, AFC Bournemouth, 1-0.

14 Disember – Tewas buat kali ke Sembilan dalam EPL kepada Leicester City di Stadium King Power, 2-1. Ini menjadikan Chelsea terperosok ke tangga ke 16 liga, satu mata di atas zon penyingkiran. Mourinho mendakwa dia telah dikhianati para pemainnya.

17 Disember – Pengurusan Chelsea mengatakan sudah cukup sudah dan memecat Mourinho, dan berterima kasih di atas usahanya.

IMG-20151218-WA0002

19 Disember – Rowan Atkinson dilantik menjadi pengurus baru Chelsea.

Baca Juga

Baca Juga