Taufik Hidayat Dedah Rasuah Yang Berlaku Di Indonesia

Nama Taufik Hidayat cukup terkenal sebagai salah seorang legenda Badminton Indonesia. Beliau merupakan pemain perseorangan lelaki yang banyak memenangi kejuaraan untuk negaranya.

Baru-baru ini Taufik telah dijemput kedalam sebuah acara temu bual bersama Deddy Corbuzier di Channel Youtube milik Deddy.

Dalam rancangan tersebut, Taufik telah mendedahkan tentang segala ketidak puas hatian beliau tentang pentadbiran negara Indonesia terutama kepada badan induk Badminton negara tersebut.

Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa banyak rasuah yang terjadi dari pimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi dalam pemerintahan yang ada sekarang.

Menurut Taufik sendiri, beliau sudah meluahkan rasa tidak puas hati dengan rasuah yang dilihat berlaku secara terang-terangan sejak dari beliau masih beraksi untuk negara lagi.

Ekoran dari itu beliau menjadi antara pemain yang paling tidak disukai oleh badan induk badminton Indonesia kerana kelantangannya yang menolak rasuah secara terbuka.

Menurut Taufik lagi, Indonesia tidak pernah meletakkan sukan sebagai keutamaan negara dan hakikatnya sukanlah yang akan menaikkan nama negara.

Dana yang sepatutnya menjadi milik atlet turut tidak pernah diterima dan adakalanya dana yang disediakan oleh pemerintah untuk mereka tidak pernah diterima oleh para atlet.

Taufik sekeras-kerasnya menolak sukan dikaitkan dengan politik tetapi apa yang berlaku di Indonesia semuanya dikaitkan dengan politik dan menteri yang ada sama sekali tidak tahu tentang sukan.

“Sukan bukan keutamaan negara, sebaliknya negara lain semua menaikkan harga dan darjat negara melalui sukan. Lihat saja China bagaimana mereka bersaing dengan Amerika di peringkat Olimpik. Tetapi di Indonesia sukan bukan keutamaan sedangkan sukanlah yang boleh menaikkan merah putih itu.”

Taufik turut merasakan nasib atlet di Indonesia mudah dikenang dan mudah juga untuk dilupakan.

Taufik mendedahkan bertapa banyaknya berlaku rasuah dalam badan induk Badminton negara tersebut dan beliau terang-terangan mengatakan dirinya tidak disukai dalam badan induk itu.

Beliau selain menjadi atlet, Taufik pernah masuk dalam pimpinan untuk melihat sendiri apa yang berlaku sebalik pengurusan yang menyebabkan atlet mengalami kesukaran.

“Sukan ini tidak boleh ditangguhkan, jadi jangan politikkan, kalau sudah ditetapkan besok harus bermain maka esok harus main, tapi kalau dananya tidak ada macam mana mahu meneruskan acara?”

“Saya pernah masuk sendiri untuk lihat apa yang berlaku dan ternyata dana untuk atlet itu ada tetapi sebab sukan bukan keutamaan jadi dana itu lambat untuk sampai.”

“Saya masuk ke situ untuk betulkan keadaan dan bantu atlet, kerana saya pernah jadi atlet dan saya tahu susahnya jadi atlet, tetapi saya tidak mampu untuk mengubahnya.”

“Dalam badminton lawan saya orang tapi masuk kesana lawan saya dajjal.”

“Jadi saya rasa cukup untuk saya berjuang dan saya mahu uruskan hal saya sendiri. Fikirkan tentang sukan tak ada penghujungnya, sampai kiamat pon tak kan maju.”

“Di Indonesia yang akan maju hanya sukan individu kalau berkumpulan tidak mungkin kerana tidak pernah ada kesefahaman.”

Taufik turut mendedahkan bahawa beliau tidak mahu anaknya menjadi atlet di Indonesia dengan keadaan yang berlaku pada dirinya.

“Anak perempuan saya sudah ada cabang dia sendiri, dia minat seni, anak lelaki saya minat sukan dan dia boleh bermain pelbagai sukan tetapi kalau boleh saya tidak mahu dia menjadi atlet.”

“Berat sebenarnya untuk dia membawa nama saya dengan apa yang pernah saya capai, apa lagi dengan di Indonesia seseorang itu mudah diingati dan mudah dilupakan.”

Taufik turut mempersoalkan pucuk pimpinan pemerintahan berkaitan sukan di Indonesia sememangnya memilih yang mempunyai nama sahaja dan mengapa tidak memilih bakat-bakat lain yang ada untuk diketengahkan.

“Dari 100 atlet mungkin lima orang sahaja yang akan diangkat, kerana juaranya cuma satu. Orang kenal saya tetapi orang tidak tahu kemana semua atlet yang bersama saya dari awal. Tiada siapa yang tahu siapa angkatan awal bersama saya.”

Taufik Hidayat tidak menutup apa pon perkara yang terjadi dan beliau mendedahkan semua yang berlaku kepada umum melalui rancangan tersebut.

Dari pimpinan badan induk badminton sampai ke menteri sukan Indonesia semuanya dibahaskan oleh legenda badminton Indonesia itu.

BACA:  Taufik Hidayat Bengang Bendera Indonesia Digantikan Dengan Bendera 'PBSI'