TeamViewer Tidak Akan Teruskan Tajaan Ke Atas Manchester United

Penaja utama jersi Manchester United, TeamViewer telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan tajaan ke atas Manchester United apabila kontrak mereka tamat pada tahun 2026.

Syarikat perisian gergasi Jerman itu telah bersetuju dengan perjanjian penajaan selama 5 tahun dengan nilai £235 juta pada bulan Mac 2021 bagi membolehkan nama mereka terpampang di dada jersi Manchester United.

Ini bermakna Setan Merah menikmati penajaan sebanyak £47 juta setahun.

Selepas tamat semusim penajaan mereka yang kurang dari 18 bulan selepas pengumuman perjanjian, TeamViewer telah membuat keputusan untuk menarik diri apabila tamat kontrak.

Firma teknologi itu itu telah kehilangan empat perlima daripada nilai sahamnya sejak bersetuju dengan perjanjian itu dengan Manchester United bagi menggantikan Chevrolet.

Kos perjanjian itu, dipenuhi dengan keraguan pada pasaran saham Jerman pada masa itu, telah dipersalahkan sebagai salah satu sebab utama saham syarikat merudum.

Faktor lain yang membawa kepada kejatuhan harga saham TeamViewer termasuklah perang di Ukraine dan kemerosotan dalam sektor teknologi selepas wabak.

Sebagai satu langkah awal untuk menaikkan saham syarikat TeamViewar telah mengeluarkan kenyataan:

“Kesedaran antarabangsa mengenai jenama itu jelas meningkat tahun lepas melalui perkongsian (dengan United). Namun begitu, syarikat telah memutuskan untuk mengkaji semula strategi pemasaran jangka panjangnya berdasarkan persekitaran makro-ekonomi semasa.”

Harga saham syarikat itu jatuh lapan peratus apabila ia menerbitkan ramalan kewangan terbarunya pada hari Rabu, tetapi pulih sebanyak lima peratus selepas diumumkan bahawa perjanjian United akan berakhir pada 2026.

Ketua Eksekutif Team Viewer Oliver Steil, yang meraikan ‘dua pasukan pemenang global bergabung tenaga’ apabila penajaan diumumkan pada Mac tahun lalu, mengakui telah berlaku perubahan hati.

“Pembuat keputusan dalam syarikat menjadi lebih berhati-hati dan menangguhkan pelaburan.” kata Steil.

Berita itu adalah satu tamparan bagi Manchester United yang menerima pengurangan tajaan sebanyak £17 juta setahun selepas menerima tajaan TeamViewer berbanding perjanjian bernilai £64 juta setahun mereka dengan Chevrolet sebelum ini.

Kekesalan yang nyata buat Manchester United kerana memilih TeamViewer kerana pada ketika itu terdapat tawaran yang lebih tinggi berada di atas meja.

Bagaimanapun, Setan Merah dilaporkan masih tenang dan santai mengenai situasi itu memandangkan perjanjian itu mempunyai empat tahun lagi sebelum tamat dan yakin boleh mencari pengganti yang lebih cemerlang.

Manchester United telah menambah beberapa rakan kongsi baharu baru-baru ini dan pada hari Khamis mengumumkan perjanjian global berbilang tahun dengan Qualcomm Technologies.

Kelab itu telah mengalami pramusim yang sukar, dengan kesukaran dalam pasaran perpindahan – contohnya mengejar selama tiga bulan untuk Frenkie de Jong dari Barcelona – dan saga yang berterusan mengenai bintang berprofil tinggi Cristiano Ronaldo, yang mahu pergi.

TeamViewer merupakan syarikat teknologi yang berpengkalan di Jerman dan telah menjadi salah satu syarikat tekonologi yang paling pantas berkembang di Eropah selepas dilancarkan pada 2015.

Untuk rekod TeamViewer merupakan satu perisian yang telah di pasang pada lebih dari 2.5 bilion peranti dan mempunyai 600,000 pelanggan dan beroperasi hampir ke seluruh dunia.

TeamViewer merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan akses kawalan jarak jauh untuk penyelenggaraan komputer dan peranti.

Perisian TeamViewer juga adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk penggunaan bukan komersil walaupun dilesenkan.

Kalau dah pasang TeamViewer ni kau bagi je password dekat member kau dan member kau akan dapat akses komputer kau dari mana-mana asal ada internet.

Masih ada empat tahun lagi tempoh penajaan TeamViewer ini dan pengumuman dilakukan TeamViewer lebih awal bagi menstabilkan harga saham dan bukannya ditamatkan serta merta.

BACA:  Ten Hag Mahu Pemain MU Berjuang Demi Lencana Di Dada Selepas Singkir Ronaldo Dan Sancho