Tebas: EPL Perosak Harga Perpindahan Pemain

Perbelanjaan semasa Premier League pada jendela perpindahan musim panas yang ditutup baru-baru ini mencecah paras rekod tertinggi – dengan 20 kelab liga utama Inggeris mengeluarkan £1.9 bilion yang besar untuk mendapatkan rekrut baru.

Chelsea (£253.79 juta) dan Manchester United (£216.30 juta) kedua-duanya mengatasi paras £200m dalam perbelanjaan, manakala tujuh lagi kelab melebihi angka perbelanjaan £100 juta, smenurut Transfermarkt.

Selepas beberapa bulan melakukan aktiviti pemindahan, pasukan Liga Perdana Inggeris akhirnya membelanjakan lebih banyak daripada keseluruhan La Liga, Serie A dan Bundesliga digabungkan, menurut BBC Sport.

Jurang yang semakin meningkat antara perbelanjaan di Liga Perdana dan seluruh Eropah adalah perkara yang menyebabkan presiden La Liga Javier Tebas rasa bengang sehingga dia mengumumkan dia merancang untuk mengadu kepada UEFA mengenainya.

Tebas: EPL perosak

Tebas melabel EPL sebagai perosak kepada pasaran perpindahan pemain, menyebabkan inflasi berlaku.

Tebas memberikan contoh bagaimana La Liga melarang Barcelona untuk mendaftarkan pemain sejak beberapa tahun lalu – sehinggalah mereka meraih wang yang banyak untuk mereka mendapatkan semula had perbelanjaan.

Oleh itu Tebas dan rakan-rakannya komited untuk menguatkuasakan had gaji La Liga secara tegar – dan tokoh dari Sepanyol berusia 60 tahun itu mahu langkah kawalan serupa diperkenalkan di England.

“Pendapatan Liga Perdana adalah 1.8 kali lebih banyak daripada La Liga atau Bundesliga tetapi jumlah negatif [hutang] mereka adalah 20 kali ganda lebih daripada liga Sepanyol yang mempunyai kawalan kewangan yang sangat baik,” Tebas memulakan.

Tebas yang sebelum ini tak lekang mengkritik PSG dan City, sekali lagi menyindir kelab itu dengan menjadikan mereka contoh kelab yang bergantung kepada suntikan pemilik kelab berbanding dengan pendapatan kelab.

Tebas menambah: “Sesuatu yang tidak masuk akal di sana, jadi apa yang berlaku? Terdapat banyak buku cek keluar dari kelab seperti Manchester City yang menandatangani sejumlah pemain. Malah Liga Kejuaraan kerugian €3 bilion dalam tempoh lima tahun. Sumbangan modal pemilik kelab dari kelab Liga Perdana Inggeris telah digunakan untuk mengimbangi kerugian berbanding La Liga.

“Terdapat penambahan modal sebanyak €277 juta dalam La Liga. €2.376 billion dalam Liga Perdana Inggeris yang merupakan sumbangan dan pinjaman. Dalam Liga Kejuaraan ianya melibatkan €1.385 billion.

“Ia adalah perkara biasa jika mereka menandatangani dua kali lebih ramai pemain berbanding liga lain, tetapi mereka telah membelanjakan lebih daripada sepatutnya.”

“Ini hanya boleh dilakukan jika pemilik mengeluarkan buku cek mereka dan ini adalah model yang berbeza.”

“Saya tahu Liga Perdana Inggeris mempunyai model untuk mengehadkan kerugian kepada £108 juta, adakah kita mahu model yang tidak mampan ini? Apa yang berlaku jika pemilik berhenti membelanjakan wang?”

“Kita boleh biarkan syeikh dan syarikat besar datang ke sini untuk membeli kelab. PSG boleh mendapatkan lebih banyak gas apabila mereka perlu membeli lebih ramai pemain atau menggunakan perniagaan yang berkaitan.”

Tebas: La Liga dan Bundesliga adalah terbaik

“Industri bola sepak telah berubah dan terdapat lebih banyak wang. Jika tiada kawalan maka kita boleh membahayakan industri itu sendiri. Dua pertandingan yang paling stabil adalah La Liga dan Bundesliga dan kami perlu benar-benar bergelut berusaha untuk kestabilan ini.”
“10 tahun lalu kami tidak seperti Bundesliga tetapi kami sekarang ya. Kami akan menyerahkan semua ini kepada UEFA dan ia penting untuk semua liga Eropah yang lain kerana kami mahukan bola sepak Eropah yang stabil.”

Berapakah perbelanjaan kelab La Liga semasa jendela perpindahan musim panas 2022?

Sepanjang musim panas, Barcelona adalah satu-satunya pasukan dalam liga utama Sepanyol yang membelanjakan lebih daripada £100 juta untuk pemain baharu.

La Blaugrana membelanjakan sejumlah £137.7 juta untuk Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kunde. Saingan sengit mereka, Real Madrid membelanjakan hanya £72 juta pada jendela perpindahan lalu ketika mereka menambah pemain tengah Perancis Aurelien Tchouameni ke dalam barisan mereka.

Tiada pasukan La Liga lain yang melepasi markah £50m dari segi pembelian, dengan liga mereka secara keseluruhan mencatatkan perbelanjaan keseluruhan hanya £408.32m.

Dengan kuasa perbelanjaan La Liga semakin berkurangan, kelab terbesarnya semakin sukar untuk bersaing untuk pemain terkemuka dunia.

Selama berbulan-bulan sebelum akhirnya berpindah ke Manchester City dari Borussia Dortmund, penyerang Norway, Erling Haaland diramalkan akan berpindah ke Barcelona atau Real Madrid.

Apabila tiba masanya untuk Haaland menyatakan dia sedia berpindah, City kendalian Pep Guardiola yang mendapatkan pemain mereka, memberikannya kontrak besar £375,000 seminggu.

Real Madrid yang dianggap kelab terbesar di dunia turut gagal memujuk Kylian Mbappe. Pemain itu pada saat akhir buat pusingan U untuk terus kekal di Paris Saint-Germain. PSG dapat meyakinkan penyerang Perancis itu untuk kekal dalam Ligue 1.

Tebas mengkritik keputusan Mbappe untuk menolak tawaran Real, dan berkata pemain itu masih mahu bermain di liga level kampung sahaja. Merujuk kepada kelab seperti PSG yang masih belum dapat menjuarai UCL

Tebas menambah: “Mbappe pilih untuk kekal dalam liga yang tidak kompetitif.”

BACA:  Premier League 2019/20: Watford 3-0 Liverpool