Letsile Tebogo berjaya membuat kejutan untuk memenangi acara 200 meter final di Sukan Olimpik 2024. Dan dia terus menembak Noah Lyles pada sidang medianya.
Ini selepas Noah Lyles sebelum perlumbaan menyatakan bahawa dia yakin akan dapat menang acara final itu dan memasuki gelanggang dengan entrance penuh gimik.
Lyles turut berkata: “Mereka semua tak akan menang. Apabila saya muncul di trek, mereka akan rasa tertekan.”
Namun Lyles tewas dalam aksi final itu dan mendedahkan bahawa dia sebenarnya diserang oleh Covid. Dan terpaksa berlari dalam keadaan sakit.
Lyles berkata: “Saya bangun 5 pagi Selasa, terasa teruk sekali. Saya tahu ianya kesakitan selepas acara 100 meter. Jadi saya taklah panik awalnya. Namun keadaan menjadi semakin teruk. Dan saya fikir itu akan mengganggu peluang saya untuk menang. Dan ya, saya tak pernah rasa sebangga ini dapat memenangi gangsa, dengan keadaan saya pada final.”
Tebogo dalam kenyataan medianya melabel Lyles sebagai seorang yang banyak bunyi dan angkuh. Jadi Lyles adalah paling sesuai untuk menjadi personaliti untuk acara 200 meter itu
Tebogo berkata: “Saya rasa Lyles adalah wajah utama [personaliti] untuk olahraga.”
Kenyataan Tebogo itu membuatkan rakan senegara Lyles, Kenny Bednarek yang menang perak, kelihatan tergelak kecil.
Tebogo menambah: “Saya bukan orang yang angkuh atau cakap besar mcam Noah. Jadi saya percaya, Noah adalah watak utama untuk olahraga.”
Letsile Tebogo took a dig at Noah Lyles when asked whether he aspires to be the face of track and field after winning the Olympics men's 200m… 😅 pic.twitter.com/BXpMAl5AAH
— ESPN Africa (@ESPNAfrica) August 8, 2024
Tebogo kemudian mendedikasikan kemenangannya kepada mendian ibunya yang meninggal dunia pada Mei lalu. Di mana Tebogo pernah hampir memutuskan untuk tidak berlumba lagi.
Namun dia bersyukur kerana pasukan kejurulatihan dan rakan rakannya sentiasa menyokongnya dan memberikan kata kata semangat agar dia kembali.
Bukan mudah untuk Tebogo kehilangan ibunya. Kerana ibunya telah banyak berkorban untuknya. Sanggup bergadai apa sahaja untuk membesarkan Tebogo dan menyokong kariernya. Bersamanya ke mana sahaja dia pergi. Walaupun wang simpanannya habis.
Ibunya mengenepikan keinginannya demi anak kesayangannya itu. Oleh sebab itu Tebogo mahu membalas jasa ibunya itu dengan menyediakan hidup lebih selesa. Namun ibunya ternyata pergi awal.
“Sebenarnya, saya membawa ibu saya dalam setiap langkah perjalanan saya. Saya jadikan dia sebagai motivasi. Sebab itu saya tak nak letak tarikh kematian ibu saya [pada kasut] kerana itu akan membuatkan saya emosional.
“Saya pernah sebulan tidak melakukan apa apa selepas ibu saya meninggal dunia. Saya benar benar tak boleh menerima kenyataan bahawa ibu saya benar benar sudah pergi buat selama lamanya. Bagi saya, saya harus mencari sebab kenapa saya memulakan karier saya di trek dan kenapa saya harus meneruskannya.
“Jika ibu saya berada di sini hari ini, saya percaya, dia akan menjadi orang yang paling gembira di atas muka bumi ini pada hari ini. Kerana dia sentiasa percayakan saya walaupun ketika saya tidak yakin kepada diri sendiri.
“Dan salah satu motivasi saya mahu menjadi atlet adalah untuk membantu keluarga saya menikamati kehidupan lebih baik selepas segala pengorbanan yang dilakukan oleh ibu saya.
“Dia pernah berkata kepada kawannya: ‘Biarlah saya ketepikan dulu keinginan saya dan berhabis wang simpanan, asalkan saya dapat bersama sama dengan anak saya.
“Hubungan saya dan ibu lebih dari sekadar ibu dan anak, ianya lebih daripada sekadar adik dan kakak, lebih daripada segala galanya, untuk masa yang lama, hanya saya dan ibu sahaja yang bersama.”