Teknik Penyamaran Jersi Kuda Belang Manchester United Makan Diri?

Manchester United telah mengumumkan jersi ketiga mereka yang sangat meriah dengan corak yang unik sehingga menjadi bahan troll oleh satu dunia. Buruk sangatkah jersi ketiga Setan Merah?

Jersi bercorak belang hitam dilatarkan dengan warna putih jersi itu telah di mata ramai kelihatan seperti jalur yang ada pada seekor kuda belang atau Zebra.

Kuda belang adalah ahli genus Equus, yang juga termasuk keldai dan kuda . Terdapat tiga spesies zebra: Plains atau zebra Burchell (Equus quagga), zebra Grévy(Equus grevyi) dan zebra gunung (Equus zebra).

Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang pada badan Zebra berfungsi sebagai mekanisme penyamaran dan mengelirukan musuh serta pemangsa bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mungkin pendapat Ahli Zoologi inilah yang diambil dan dijadikan rujukan untuk menghasilkan jersi ketiga Manchester United ini. Untuk mengelirukan pihak lawan dan muncul juara.

Adakah Manchester United memperoleh ilham dari kapal perang semasa perang dunia pertama dan kedua?

Semasa perang dunia pertama dan kedua, beratus-ratus kapal telah dicat dengan warna hitam putih menyerupai corak yang ada pada kuda belang.

Kapal perang diwarnakan sedemikian rupa bagi tujuan penyamaran dan teknik penyamaran yang mempesonakan ini telah dicipta oleh Pelukis Britis Marine, Norman Wilkinson.

Idea penyamaran ini bukan untuk menyembunyikan kapal tetapi untuk menipu dan mengelirukan musuh, kapal bercorak zigzag ini sukar dilihat musuh.

Corak ini jika dilihat dengan mata kasar sangat memeningkan lalu menyukarkan musuh untuk menanggar jarak, kelajuan dan arah pergerakan kapal.

Jika ini diadaptasikan oleh Setan Merah agak-agak lawan terkeliru tak dengan larian deras Daniel James? Tapi jersi ketiga jarang dipakai.

Tenyata Jersi Kuda Belang yang digunakan oleh Manchester United ketika Menentang Istanbul Basaksehir tidak memberi kesan kepada lawan dan memakan diri sendiri.

Gol pertama terhasil daripada cubaan mengaburi mata lawan yang gagal apabila Demba Ba berjaya lolos tanpa halangan ketika 10 kuda belang berada di atas.

Begitu juga dengan gol kedua di mana bahagian pertahanan masih lagi kosong memberi ruang secukupnya untuk Edin Visca menjaringkan gol kedua.

Ole Gunnar Solksjaer memasukkan Edison Cavani untuk menguatkan jentera serangan namun tiada suapan atau hantaran dilakukan untuk disudahkan Cavani.

Cavani seolah-olah tidak wujud di dalam padang dan banyak hantaran ringkas sampai ke laut antara para pemain seperti mereka sendiri tidak dapat mengesan rakan sepasukan.

Bruno Fernandes pula telah kehilangan bola sebanyak 34 kali dalam perlawanan UEFA Champions League (UCL) menentang Istanbul Basaksehir.

Ini bukanlah satu statistik yang biasa dicatatkan oleh Bruno Fernandes yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Malah hantaran merapu Bruno Fernandes kepada Juan Mata menyebabkan gol kedua terhasil apabila mata kehilangan bola selepas gagal mengawal dengan baik.

Hantaran Van De Beek kepada Bruno Fernandes itu boleh ditukar dengan satu hantaran ringkas dan biasa namun sebaliknya terjadi.

Mungkin inilah satu Teknik penyamaran tak jadi dan memakan diri.

BACA:  Onana Tiada Masalah Beraksi Dua Perlawanan Di Dalam Tempoh 24 Jam