Ten Hag dan Pemain United Kecewa Teruk Dengan Perangai Ronaldo

Pengurus Manchester United, Erik Ten Had dan barisan pemainnya dilaporkan kecewa teruk dengan perangai buruk yang terkini dari Cristiano Ronaldo yang sangat tidak kena pada masanya.

Cristiano Ronaldo tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang Fulham atas alasan tidak sihat namun benda lain pula dilakukannya ketika perlawanan berlangsung.

Menurut laporan daripada ketua wartawan Sky Sports dan juga Sky Sports News, Kaveh Solhekol melalui ciapannya di Twitter menyatakan Erik Ten Hag dan pemain hanya mengetahui perbuatan Ronaldo itu ketika bersedia untuk penerbangan pulang dari London.

“Erik Ten Hag dan pemain Manchester United amat kecewa dengan cara dan masa wawancara Cristiano Ronaldo. Kelab hanya mengetahui tentang wawancara itu ketika mereka sedang bersiap untuk terbang pulang dari London petang ini selepas perlawanan menentang Fulham.”

Ekoran wawancara Ronaldo bersama Piers Morgan itu, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman sesawang mereka dan menegaskan kepentingan kelab menjadi keutamaan.

“Manchester United sedar akan liputan media mengenai wawancara oleh Cristiano Ronaldo.”

“Kelab akan mempertimbangkan maklum balasnya selepas fakta penuh dipastikan.”

“Fokus kami kekal pada persediaan untuk separuh kedua musim ini dan meneruskan momentum, kepercayaan dan kebersamaan yang dibina di kalangan pemain, pengurus, kakitangan dan peminat.”

Menurut Kaveh Solhekol lagi, Manchester United kini bersedia memikirkan beberapa pilihan yang ada walaupun pemain dan pengurusan tidak dapat memahami kenapa Ronaldo mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Manchester United mungkin kini mempertimbangkan semua pilihan mereka ada mengenai Ronaldo. Pengurusan dan pemain tidak faham mengapa dia berkata apa yang dia katakan. Mereka amat kecewa kerana dia akan tidak menghormati kelab, pengurus dan rakan sepasukannya dengan cara ini.”

Untuk perlawanan menentang Fulham, Ronaldo disenaraikan dalam pasukan walaupun tidak akan bermula dari kesebelasan utama dan Ronaldo memberi alasan tidak sihat untuk ke London.

“Ronaldo diberitahu pada Khamis bahawa dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama menentang Fulham tetapi dia akan berada dalam skuad itu. Dia memberitahu kelab dia sakit.”

“Tiada seorang pun di United yang tidak menghormati Ronaldo – walaupun selepas dia meminta untuk pergi & selepas dia enggan masuk sebagai pemain pengganti lawan Spurs.”

Selepas beberapa siri drama yang dicetuskan oleh Cristiano Ronaldo sejak latihan pra musim bermula, pemain Portugal itu terus diberikan peluang oleh pengurusan dan kelab.

Pakar berpendapat bahawa senario dicetuskan oleh Ronaldo adalah satu langkah terakhir yang tidak memungkin lagi ada jalan kembali buat pemain bertaraf legenda itu.

Realitinya ketika ini adalah Manchester United cuba untuk bergerak kehadapan tanpa kehadiran Ronaldo dan tindakan Ronaldo ini diibaratkan seperti bekas kekasih yang tidak berpuas hati.

Adakah Ronaldo gila talak walaupun Ronaldo menyatakan bahawa tindakannya ini adalah untuk membersihkan Manchester United supaya menjadi lebih maju dan berdaya saing.

Perbincangan mengenai Ronaldo kini hangat menjadi perdebatan di dada media dan majoritinya mengkritik tindakan Ronaldo itu dan hanya segelintir saja yang membela.

Isu tidak mendapat penghormatan sepatutnya tidak timbul kerana tiada siapa pun yang tidak menghormatinya dengan karier gemilangnya, Ronaldo salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Apa yang membuat orang mula tidak mahu menghormati Ronaldo adalah dengan apa yang dilakukannya kini dan rakan sepasukannya kini hanya menzahirkan rasa kecewa amat dan masih lagi belum mebuat sebarang kenyataan.

Antara komen yang terpedas adalah berbunyi bahawa tugas Erik Ten Hag bukan untuk menghormati pemain tetapi untuk menguruskan pasukan dan bukan tugas Ten Hag juga untuk menjadi pengasuh Ronaldo dan mengurut egonya.

Respect is earned not given – menunjukkan bahawa jika anda ingin dihormati, anda tidak boleh memaksa orang untuk menghormati anda hanya kerana anda mahukannya.

BACA:  Teori Konspirasi: Kenapa Manchester United Sah Bergelar Juara Premier League 2021/22?