Ten Hag: Dua Final 2 Tahun Adalah Satu Pencapaian Luar Biasa

Erik Ten Hag menganggap mara ke dua final pertandingan domestik dalam dua musim berturut turut adalah pencapaian baharu dalam kelab itu.

Ketika ramai mengkritik aksi Man United ketika separuh akhir Piala FA menentang Coventry, di mana mereka mendahului 3-0 namun masih dikejar 3-3. Dan memerlukan penentuan penalti untuk menang.

Erik Ten Hag menyatakan bahawa semua pihak harus menilai ia dari sudut berbeza. Tak memadai hanya kecapi rasa selesa..

Ditanya adakah dua dia kecewa dengan prestasi United, yang hampir tersingkir jika tidak kerana bantuan VAR yang membatalkan gol Coventry pada minit ke-121. Ten Hag menyatakan dia tidak ada masalah.

Dia juga tidak ada komen tentang bagaimana perlawanan itu boleh berakhir seperti itu.

ETH berkata: “Tak, tak langsung. Kamu media yang melebih melebih dan satu persoalan: ‘Adakah ianya memalukan?’ Tak! Reaksi daripada korang sekor sekor yang memalukan. Itulah komen saya.

“Bola sepak peringkat tertinggi adalah tentang kemenangan. kami ke final dan kami berhak, bukan hanya sebab perlawanan ini je, tetapi sebab perlawanan kami sebelum ini.

“Kami hilang penguasaan selama 20 minit. Kami juga bernasib baik. 3-2, 3-3 dan kami bernasib baik pada akhir babak, jelas kan.

“Penalti penalti kami semuanya sangat bagus dan kami ke final. Ini adalah pencapaian yang sangat besar.

“Dua kali kami ke final dalam masa dua tahun ini, dan ianya sangat luar biasa. Dan untuk saya sebagai pengurus, saya mara ke 4 aksi final pertandingan piala dalam 4 tahun.

“Jadi komen daripada media adalah memalukan la.”

Ini bukan pertama kali Ten Hag menghentam media Inggeris yang menurutnya terlalu melebih dalam laporan mereka.

Sebelum ini Ten Hag meninggalkan sidang media selepas wartawan bertanya tentang nombor tujuh. Dia dengan kecewa terus beredar.

Seorang wartawan cuba bertanya kepada Ten Hag tentang kemungkinan itu, malangnya Ten Hag terus bengang enggan menjawabnya.

“Erik, ada risiko bahawa kamu terperangkap di tempat ketujuh,” wartawan itu memulakan.

“Jika kamu menamatkan musim di tangga ketujuh, itu akan menjadi penamat terburuk dalam sejarah Liga Perdana untuk United. Bolehkah kamu…adakah kamu fikir kamu akan terus kekal di sana…”

Sebelum wartawan itu selesai bertanya, Ten Hag mencelah dengan berkata, “Saya tidak akan mengulas mengenai soalan itu,” sebelum berjalan keluar.

“Benda tu tidak penting buat masa ini, saya cuba..” tambah pengurus itu lagi.

Dalam sidang media yang lain Ten Hag meminta anak anak buahnya melakukan lebih baik selepas ini. Kerana prestasi semasa mereka memang tak cukup bagus.

Aksi antara Man United memang benar benar dramatik. Seperti Cerita Khabi Kushi Khabi Gham.

Di mana peminat United sendiri terpaksa membuat u turn kembali ke stadium selepas VAR membantu membatalkan gol Coventry.

Penyokong Manchester United membuktikan bahawa VAR sentiasa dekat di hati mereka. Ini kerana, VAR sahaja yang mampu memanggil mereka untuk u turn balik ke Wembley setelah ramai berpusu pusu keluar.

Pada masa kecederaan 120+1, Coventry mencetak gol keempat. Ketika itu ramai peminat United terus beredar meninggalkan Wembley kerana kecewa.

Peminat mereka menganggap itu adalah pengakhiran perjuangan mereka walaupun wisel penamat masih belum dibunyikan sama sekali.

Selain itu, Coventry turut memikirkan bahawa mereka sudah mara ke final Piala FA 2023/24. Coventry berkeringat mengejar United daripada kedudukan ketinggalan 3-0. Untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Kemudian perlawanan belarutan ke masa tambahan 30 minit. Di mana Torp menjaringkan gol pada minit akhir masa kecederaan.

Malangnya gol itu disemak menerusi VAR dan dibatalkan kerana ofsaid. Ketika mendengar VAR membatalkan gol itu, peminat United yang berada di luar Wembley sepenuh hati kembali semula ke dalam Wembley.

Kerana mereka tidak mahu terlepas aksi penentuan penalti. Video tersebut menjadi tular di media sosial.

Usaha mereka untuk kembali ke Wembley itu bukan mudah. Ada yang terjatuh tersembam.

Pada penentuan penalti Man United menang 4-2 ke atas pasukan liga bawahan yang telah membuat kejutan dalam Piala FA pada musim ini.

Lawan mereka adalah pasukan adik iaitu Manchester City yang juga juara bertahan. Di mana Man City menewaskan Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Gol tunggal Bernardo Silva dah cukup untuk membolehkan pasukan Man City mara ke final.

Erik Ten Hag kini meneruskan rekod cemerlang layak ke final untuk dua musim berturut turut sejak menyertai Manchester United. Musim lalu United menamatkan kempen mereka sebagai juara Piala Carabao.

Jika musim ini mereka berjaya memenangi Piala FA, maka musim hadapan pastinya EPL dalam genggaman mereka. Jelas perancangan mereka adalah memenangi piala mengikut urutan.

Piala FA adalah penting untuk United mengesahkan slot mereka di kejohanan Eropah musim hadapan. Namun mereka masih dalam perjuangan untuk berada di Liga Juara Juara Eropah.

Berdasarkan format kelayakan terbaru, Man United masih boleh mensasarkan untuk mara ke UCL dengan berada di tangga kelima.

Baca Juga

Baca Juga