Ten Hag Ingatkan Man United Jangan Nak Berlagak Dan Akui Sahaja Liverpool Lebih Bagus

Pakar taktikal Manchester United, Erik Ten Hag mungkin dah menyampah dengan sikap penyokong Manchester United. Lalu dia meminta semua peminat United agar lebih merendah diri bukannya berlagak dan bodoh sombong.

Menurut Ten Hag, Liverpool wajib dipuji di atas kecemerlangan mereka bukannya cuba menegakkan benang yang basah dan mencari alasan di sebalaik kekalahan tersebut.

Ten Hag dan United memulakan kempen musim ini dengan agak mengecewakan setakat ini. Selepas menang dengan berusah payah ke atas Fulham, United kalah pula di tangan Brighton dan kini mereka kalah lagi di tangan Liverpool yang merupakan musuh tradisi mereka.

Ketiadaan Jurgen Klopp masih tidak mampu menjadikan United pemenang dalam aksi kali ini. Malah Arne Slot yang baru memulakan eranya di Liverpool menikmati kemenangan sulung dalam debut bersama Liverpool di Old Trafford.

Ten Hag menyalahkan pemain pemainnya yang membuat kesilapan berdepan dengan Liverpool yang terlalu tajam di bahagian penyudah. Pengurus asal Belanda itu berkata: “Ya kami membuat kesilapan ketika bertahan dan Liverpool sangat tajam dengan penyudah mereka. Liverpool bermain baik sekali.

“Jika kita tengok semua peluang yang kita lepaskan kepada mereka, saya rasa kita melakukan beberapa kesilapan. Ketiga tiga gol Liverpool hari ini semuanya berpunca daripada kesilapan kami. Kesilapan individu. Mungkin gol ketiga itu kamu boleh tanya di mana pemain tengah defensif berkembar kami masa itu? Tapi saya jujurlah nak cakap, Liverpool main sangat cantik.

“Cara mereka mengambil bola dan menukar situasi dan cara mereka menyudahkan peluang sangat bagus. Tapi saya tengok statistik xG, takdelah tinggi sangat.

“Jelas sekali Liverpool berhak menang. Kita harus lebih merendah diri, kita harus menerima hakikat, dan perbaiki permainan kita.

“It’s clear [Liverpool deserved it]. We have to be humble, we have to take this, and improve our game.”

Laporan perlawanan: Man United 3 eh silap tulis, Man United 0 Liverpool 3

Bakal juara Liga Perdana Inggeris 2024/25, Man United melayan kunjungan musuh tradisi mereka Liverpool. Man United yang dianggap sebagai juara dalam pembelian pemain pada jendela perpindahan musim ini bertemu Liverpool yang kena reject dengan Zubimendi dan hanya mampu mendapatkan Chiesa yang merupakan buangan Juventus, kata peminat Man United ye.

Bertempat di Old Trafford, Man United benar benar menunjukkan kualiti sebenar pasukan bakal juara. Mereka menghadirkan ancaman sejak awal lagi. Bruno Fernandes menjadi arkitek gerakan bahaya di zon serangan.

Manchester United hampir ketinggalan awal menerusi gol Trent Alexander Arnold yang meraikan gol mencium kamera mirip keraian ikonik Steven Gerrard satu ketika dahulu.

Namun Arnold menanggung aib kerana VAR menyelamatkan Man United daripada ditembusi gol itu.

Tetapi Liverpool tetap di hadapan menerusi Luis Diaz pada minit ke-35, apabila dia menanduk masuk hantaran Mo Salah. Kredit kepada Dominik Szoboszlai yang dengan pantas membiarkan bola kepada Diaz. VAR sekali lagi cuba menyelamatkan Man United dengan mencari walau sekelumit kesilapan Liverpool. Tetapi gagal dan Liverpool 1-0 di depan.

Ketika United sedang berusaha untuk mencari gol penyamaan, Liverpool menambah gol. Sekali lagi Casemiro – yang bersalah dalam gol pertama – melakukan kesilapan membawa padah apabila dia terlepas bola di depan kotak penalti United. Luis Diaz segera menghantar bola kepada Mo Salah.

Salah kemudian menolak hantaran rendah yang disambar masuk oleh Luis Diaz minit ke-42. Separuh masa pertama berakhir dengan Man United 0 Liverpool 2.

Separuh masa kedua, pakar taktikal Erik Ten Hag mengeluarkan Casemiro. Dan Man United berada di prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Ketika Man United tengah bersemangat untuk membalas 2 gol itu, giliran Mohamed Salah pula mencetak gol ketiga untuk Liverpool. Salah menerima bola cantik selepas kesilapan oleh Mainoo. Dan Salah menewaskan Onana dengan percubaan yang sangat tajam.

Mohamed Salah benar benar menjadikan Old Trafford tempat dia menghiburkan hati ketika dia memerlukan hiburan. Statistik beliau di Old Trafford memang tak masuk akal.

Zirkzee hampir mencetak gol dalam perlawanan ini namun Alisson pantas bertindak. Man United mendapat satu lagi peluang terbaik menerusi Lisandro Martinez yang cuba melibas bola dengan sepakan gunting namun tak begitu kena.

Minit ke-78, Zirkzee menyambar hantaran lintang Rashford. Tetapi tidak masuk. Ianya benar benar bahaya.

Minit ke-78, Szoboszlai sepatutnya menggunakan peluang terbaik di dalam kotak penalti. Namun dia memilih untuk bermain main dengan pertahanan United. Dan bola tak dapat dimasukkan ke dalam gawang.

Manchester United yang terkenal dengan King Of Comeback. Jelas tidak berputus asa dan  terus mencuba. Tetapi usaha mereka terus sia sia. Kerana Liverpool sudah berada di fasa di mana mereka memfokuskan permainan bertahan.

Tamat perlawanan Liverpool 3 Man United 0. Satu lagi episod kekalahan bermaruah Manchester United di tangan Liverpool.

Baca Juga

Baca Juga