Ten Hag Kecewa Pengadil Punca Manchester United Kalah Bermaruah

Erik Ten Hag tidak dapat menahan dirinya daripada menyalahkan pengadil yang menyebabkan Manchester United kalah secara bermaruah di tangan FC Copenhagen dalam aksi keempat peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropa.

Calon juara itu mendahului 2 gol menerusi bekas penyerang Copenhagen yang kini berseragam Setan Merah, Rasmus Hojlund.

Namun kelab dari Denmark itu menyamakan kedudukan menjadi 2-2 sebelum rehat separuh masa. Salah satu daripada gol itu benar benar menyakitkan hati Ten Hag kerana pengadil memberikan penalti kepada lawan untuk kesalahan yang menurutnya tidak masuk akal. Kerana menurutnya penalti yang diberikan kepada Copenhagen adalah tak tepat.

Pada separuh masa kedua Ten Hag lega apabila pengadil akhirnya memberikan sepakan penalti yang tepat kepada Man United. Lalu Bruno Fernandes meletakkan Manchester United 3-2 di hadapan sebelum mereka kena kepulangan semula atau comeback 2 lagi gol oleh tuan rumah. Dan Man United kalah bermaruah 4-3 kerana pasukan lawan dibantu pengadil.

Bercakap kepada wartawan, Ten Hag membidas pengadil, Donatas Rumsas, dan VAR di atas keputusan melayangkan kad merah kepada Marcus Rashford. Rashford didapati telah memijak kaki lawannya, Elias Jelert.

Ten Hag mempersoalkan kenapa VAR terlalu lama membuat keputusan untuk membuang Rashford. Sedangkan pada awalnya pengadil dilihat tidak akan membuang padang pemain itu.

3 minit selepas insiden itu, Elyounoussi menjaringkan gol pertama buat FC Copenhagen daripada kedudukan ofsaid di mana ada pemain lawan di depan Onana.

Kemudian tuan rumah diberikan penalti pula pada masa kecederaan separuh masa pertama. Di mana menurut Ten Hag penalti itu tak patut diberikan kepada Copenhagen. Berbeza dengan penalti untuk mereka pada separuh masa kedua yang dianggap satu keputusan tepat.

Ten Hag berkata: “Jelas sekali kami kecewa ya chorr, Kami bermula sangat baik tadi. 10 minit pertama yang terbaik daripada kami bang oi. Ketika kami sedang memenangi perlawanan ini, kad merah dan penalti tu mengubah segalanya. Kami melepaskan 2 bolos sebelum rehat di mana kedua dua gol tu tak patut dikira pun adoi.”

“Gol pertama tu ofsaid dan kedua tu penalti tak wajar la hanat. Tangan Harry Maguire pada kedudukan semulajadi la. Kad merah Rashford tu pula agak melampau. Dia cuba memenangi bola dan pengadil ambil masa lama sangat nak buat keputusan. Kalau kamu hentikan gambar insiden tu memang sentiasa akan nampak teruk.”

“Saya betul betul kecewa dnegan keputusan pengadil. Perlawanan ini tak sepatutnya jadi begini. Ini dah macam bukan bola sepak dah. Keputusan harus dibuat dan saya menerima kalau keputusan salah sekalipun dalam tahap ini. 3 keputusan pengadil yang sukar dihadam ketika kamu mengawal permainan.”

Pada separuh masa kedua Bruno Fernandes mendapat peluang menjadiringkan gol menerusi penalti dan dia melakukannya dengan baik. Membuatkan Garnacho menganjing penyokong lawan suruh mereka diam.

Tetapi akhirnya Garnacho yang harus berdiam kerana Lukas Lerager dan pemain remaja0 Roony Bardghji menjaringkan 2 lagi gol untuk memastikan United kalah di Denmark.

Ten Hag melaungkan amaran bahawa skuad Man United sangat kuat dan mereka akan bangkit selepas ini, jangan risau.

“Skuad kami ini sangat kuat, dan saya dah beritahu bebudak saya, kita akan bangkit lepas ini, satu momen dalam musim ini akan mengubah nasib kita.”

Dan Ten Hag masih dalam landasan tepat untuk menamatkan era Pep Guardiola dan Klopp di EPL.

Baca Juga

Baca Juga