Ten Hag Kecewa Tak Menang Selepas Bermain Sangat Baik Separuh Masa Pertama

Erik Ten Hag sekali lagi berkata dia tak berpuas hati kerana pasukannya kalah walaupun bermain baik untuk separuh masa pertama.

Ini bukan pertama kali Ten Hag tak berpuas hati walaupun bermain cantik. Sebelum ini dia menyatakan bahawa United berhak menang menentang Tottenham kerana bermain sangat cantik dan berseni namun dirosakkan oleh pengadilan yang teruk.

Kemudian ketika aksi kekalahan di tangan Arsenal, Ten Hag juga menganggap pasukannya berhak menjadi pemenang kerana bermain sangat baik. Namun sekali lagi pengadil menjadi punca.

Di mana pada masa itu gol Rasmus Hojlund dibatalkan kerana offside. Dia juga menganggap gol Declan Rice tak sah kerana ada kekasaran pada Jonny Evans. Satu lagi kesilapan pengadil menurutnya, mengabaikan penalti yang berhak diterima United.

Terbaru Erik Ten Hag memuji prestasi pasukannya ketika kalah di tangan Brighton di hadapan penyokong fanatik mereka sendiri.

Brighton dengan mudah memperkotak katikkan Man United yang merupakan pasukan yang akan beraksi di UCL musim ini. Brighton menang 3-1. Menyaksikan United kini sudah 3 kali kalah dalam 5 perlawanan pertama liga mereka.

Dan ianya rekod terburuk sejak 34 tahun. Peminat di Old Trafford malah mengejek pasukan mereka sendiri selepas tamat perlawanan.

Ten Hag menyeru seluruh komuniti Setan Merah untuk bersatu termasuk pemain dan penyokong.

“Kita harus bersatu hati dan kekal dengan perancangan serta peraturan. Dan kita akan mengubah keadaan ini,” kata Ten Hag yang baru sahaja bergaduh dengan Sancho.

Ten Hag kemudian menambah: “Keputusan yang sangat mengecewakan. Kami bermain sangat baik separuh masa pertama dan mencipta begitu banyak peluang.”

“Namun kami tersentak sebab dua perkara, pertamanya gol pertama Brighton kemudian kamu tertekan sebab gol kami dibatalkan,” kata Ten Hag merujuk kepada gol Rasmus Hojlund yang dibatalkan VAR.

Ditanya tentang perasaan dia mendengar dia diejek dengan bunyi boo ketika memasukkan Anthony Martial dan mengeluarkan Rasmus Hojlund pada kedudukan 2-0, Ten Hag gembira mendengarnya.

Peminat United meroyan dengan pertukaran itu kerana di atas padang, kelihatan Hojlund saja yang benar benar bersemangat mahu bangkit. Sedangkan pemain lain lemau.

Namun Ten Hag melihat perkara itu dari sudut berbeza.

“Saya rasa itu reaksi positif. Kamu tengok kan dari penyokong di Old Trafford, mereka menerima baik Hojlund. Hojlund bermain sangat baik. Jadi ianya memberikan isyarat yang bagus, dan mesej ini akan meningkatkan keyakinan Hojlund.”

“Dia bagus, namun dia tak bersedia bermain 90 minit. Kecergasan menghalangnya. Dia datang dengan isu kecil sebelum ini.”

“Jika kita suruh dia main 90 minit dan dia cedera, itu lagi teruk dan menyukarkan lagi haluan kita.”

“Jika dia 100% cergas dia akan mampu menyumbang seperti musim lalu.”

Baca Juga

Baca Juga