Erik Ten Hag benar benar koyak ketika wartawan menyebut nombor 7 di hadapannya. Sebelum ini Ten Hag pernah menendang pemain nombor 7 legenda Man United, Cristiano Ronaldo Siuuuu.’
Dan terbaru dia pula beredar dari sidang media sebaik sahaja wartawan menyebut tentang kedudukan Man United di tangga ketujuh.
Seorang wartawan telah membuatkan pengurus kesayangan ramai iaitu Ten Hag yang sentiasa memberikan hiburan kepada semua, telah jadi koyak.
Peminat pasukan selain Man United sentiasa menyokong Ten Hag untuk terus kekal di United dan sama sekali tidak pernah mahu melihat Ten Hag dilukai oleh wartawan In
Man Utd mengikat Bournemouth dengan keputusan seri 2-2 pada hari Sabtu, bangkit dari ketinggalan dua kali untuk memastikan satu mata ketika pasukannya melanjutkan prestasi buruk mereka kepada satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
Keputusan itu hampir bermakna Man Utd berada di tempat ketujuh di bawah Newcastle dengan perbezaan gol selepas Magpies membelasah Spurs pada sepak mula lebih awal. Chelsea kini berpeluang memintas United kerana ada baki 2 perlawanan dalam tangan.
Prestasi semasa Manchester United boleh menjerumuskan mereka kepada rekod tidak diingini, bakal menamatkan Liga Perdana Inggeris di kedudukan terburuk mereka.
Kedudukan yang sama dicatatkan United pada musim 2013/14 ketika dikendalikan The Chosen One, David Moyes.
Seorang wartawan cuba bertanya kepada Ten Hag tentang kemungkinan itu, malangnya Ten Hag terus bengang enggan menjawabnya.
“Erik, ada risiko bahawa kamu terperangkap di tempat ketujuh,” wartawan itu memulakan.
“Jika kamu menamatkan musim di tangga ketujuh, itu akan menjadi penamat terburuk dalam sejarah Liga Perdana untuk United. Bolehkah kamu…adakah kamu fikir kamu akan terus kekal di sana…”
Sebelum wartawan itu selesai bertanya, Ten Hag mencelah dengan berkata, “Saya tidak akan mengulas mengenai soalan itu,” sebelum berjalan keluar.
“Benda tu tidak penting buat masa ini, saya cuba..” tambah pengurus itu lagi.
Dalam sidang media yang lain Ten Hag meminta anak anak buahnya melakukan lebih baik selepas ini. Kerana prestasi semasa mereka memang tak cukup bagus.
Pencapaian terbaik mereka adalah menyingkirkan Liverpool daripada Piala FA. Dengan Ten Hag digelar pakar taktikal meletakkan Antony di bek sayap dan Maguire di barisan serangan pada masa itu.
Keraian 3 hari 3 malam meraikan seri itu sangat meriah. Ibarat melihat pesta layang layang dan pertandingan futsal Pasar Payang.